Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Jangan Mengataaaa, Jom Cantik Bersama Saya!

Hai semuaaaaa! Sihat tak? Baiklah hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang saya sangat minati. Semua perempuan minat benda ni, bukan saya sahaja. Cuba teka? Baju? Bukannnn. Kasut? Bukannnn juga. Alat solek? Bukan bukan bukan. Jawapannya ialah ....... produk penjagaan kulit! Walaupun muka saya tidaklah selicin mana dan tidaklah putih gebu bak Adira Suhaimi, tapi saya gembira dengan hasilnya menggunakan produk penjagaan kulit.

Untuk pengetahuan semua, dulu muka saya agak berjerawat dan kusam sehinggakan saya tidak yakin untuk keluar ke rumah. Sedihnya saya. Sejak dari sekolah menengah, jerawat tidak pernah berhenti keluar dari muka saya ni. Stressnya saya! Tetapi setelah meningkat dewasa, saya memperbanyakkan membaca di laman seperti blog, Twitter, Instagram dan Facebook untuk mencari penawar bagi kulit saya.



Saya banyak juga berhabis wang untuk mencuba segala produk yang mungkin dikatakan berkesan oleh sesetengah pengguna. Kini saya cuma setia pada produk yang saya gunakan buat masa sekarang kerana hasilnya sangat menggembirakan.

Nak tahu apa yang saya guna untuk muka saya yang tersayang ini?


Ini yang saya guna untuk membersihkan wajah saya yang dipenuhi dengan kotoran. Ini bukan pencuci muka, tetapi fungsinya untuk membuang solekan yang ada di wajah. Sangat berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik di muka saya juga. Saya suka!


Setelah itu, saya akan menggunakan pencuci muka jenama 'Simple' untuk menyegarkan muka saya. Sangat bagus dan berkesan buat saya. 


Untuk penjagaan waktu siang, saya menggunakan pelembap wajah 'Simple'. Banyak maklum balas yang bagus dari pengguna. Setakat ini sudah tiga botol saya gunakan. Betapa bagusnya produk ini! Ini bukan iklan tajaan ya! 


Tiga benda yang paling saya minati! Biore, Pixi dan Ceradan! Ceradan saya gunakan sebagai pelembap muka untuk mengekalkan keanjalan kulit. Kemudian, saya gunakan Biore yang berwarna biru untuk melindungi kulit saya daripada sinaran matahari. Pixi yang berwarna oren hijau itu pula saya gunakan pada waktu malam.

Inilah hasil menggunakan semua produk tersebut berserta bedak :P


Semua produk yang saya senaraikan ini sangat berkesan kepada wajah saya. Walau bagaimanapun, saya masih mencari produk yang lain untuk saya cuba dan kumpulkan serta memberi maklum balas. Semua orang boleh jadi cantik, asalkan rajin dan berani untuk mencuba.

Sekian sahaja entri saya, terima kasih kerana membaca. 

No comments:

Post a Comment