Masa dekat Cameron Highlands haritu, sedang syok melawa dan bersiap untuk ke Bharat Tea Valley, tetiba dapat ws daripada ketua kelas tercinta.
Bunyinya seperti ini. Terus khuatir! |
Inilahhh dia. Walaupun tanganku tak cantik dek kerana banyak luka cakaran kucing, tapi takpe. Demi Prof tercinta sanggupku gagahi! |
Inilah bukti bahawa gambar ini telah dipos di Instagram. Tengok Hashtag berkenaan. #SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline |
Dan telah di-'like' oleh Prof tercinta :) Tetiba kat atas tu ada komen 'old money' bagai. Terus block! |
Dan jawapannyaaa..................
Buat suspen je Prof ni. Ni yang sayang lebih! |
Cuak mula-mula. Macam gaya buka SMP nak tengok keputusan ujian. Baca mula-mula dah sebak dah sebab kata kuliah seperti biasa. Rupanya scroll bawah lagi Prof kata dia tipu hahahahaha bersyukurnya.
Prof ni bukan hanya pandai bergurau, tapi tersangat pandai bergurau hahahahahahahaa. Terima kasih Prof sebab luluskan cuti kami budak BLM.
Oh lupa nak beritahu. Cuti pertengahan semester ni Prof minta pelajar untuk pos 10 gambar yang berhashtag #BBM3410 #200Quotes #ProfDrN #Minggu8 #KampungKu dan hashtag kelakar.
Jadi nak cakap kat sini. Aku telah pun pos kesemua gambar! Yeayy! Memandangkan hari ni dah pun hari Sabtu. Jadi memang wajarlah kalau dah pos 10 gambar sebab sehari dua kali pos hehehe. Saya mengikut arahan tau Prof!
Bukti yang dah ditanda dengan warna pink tuuuu~ |
Okay itu sahaja tentang tugasan. Harapnya Prof saya baca entri ni dan like gambar saya di instagram hahahahah. Semoga Prof dirahmatii selaluuuu <3
Yang lain kalau nak like juga boleh pergi ke instagram @fatin.amrannn hehehe sangat dialukan. Jangan tinggalkan komen negatif. Block terus. Kbyeee
Sekiann. Terima kasih singgah :D
Best tak awak g Cameron Highlands?? hehehe
ReplyDeleteBest! Nanti nak pergi Raub pula lahh :P
Delete