Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18 : Facebook Mula Beraksi

Hai semuaaaa! Untuk minggu 12 ni kami sekelas terpaksa buat pos mengenai subjek multimedia. Okay kali ni bukan di twitter, tapi di Facebook! Masa memula prof cakap kena guna facebook untuk pos semua ni, memang risau lah. Mana taknya, keluarga, kawan, sedara mara semua ada kat facebook. Risau pulak di kecam 😂

Namun ku tetap gagahi. Tapi posnya prof suruh letak gamba kita bersama prof.


Ni lah pos pertama 😍

Ni lah selfie bersama prof hehehe

Okay. Bawah ni pulak pos kedua. Sebab takde lagi gamba berdua dengan prof, jadi ku terpaksa pos gambar berkumpulan 😭😭😭

Pos kedua
Gambar ahli kumpulan bersama prof 
Okay ini sahaja pos saya. Yang penting semua media sosial sudah digunakan oleh pelajar multimedia :D hehehehe


Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Hai rakan-rakan semua. Pada minggu yang lalu, kami telah diarahkan untuk menghasilkan video tanpa wajah. Prof telah menunjukkan video one shot yang lalu.

Perkara penting dalam proses menghasilkan video tanpa wajah:

1. Mempunyai jalan cerita
Sebagai contoh, kumpulan kami telah membuat cerita tentang pengemis yang meminta sedekah dan kehidupannya, tetapi akhirnya ditikam oleh peragut kerana cuba menyelamatkan orang kaya yang telah menghalaunya ketika dia meminta sedekah.

2. Video tersebut memfokuskan kepada suatu barang
Sebagai contoh, fokus kepada barang kemas, beg, kotak. Kumpulan kami telah memfokuskan kepada badan pengemis dan kotak supaya penonton memahami cerita yang kami ingin sampaikan

3. Wajah tidak boleh dirakam dan masuk dalam video
Tidak boleh nampak wajah langsung untuk melihat sejauh mana penyampaian jalan cerita yang berkesan. Oleh itu, kumpulan kami telah merakam hanya bahagian badan sahaja.

4. Memilih lagu Melayu
Lagu yang dipilih perlu Melayu dan tidak boleh ada percampuran Inggeris kerana subjek ini memberi pengkhususan kepada bahasa Melayu. Kami memilih lagu Opick - Bila Waktu Telah Berakhir


BBM3410/18 : Video One Shot

Assalamualikum semuaa! Pada beberapa minggu yang lepas, kami telah diarahkan untuk menghasilkan beberapa buah video one shot yang berasaskan lagu-lagu Melayu.

Antara video one shot yang telah kumpulan kami hasilkan adalah seperti:

1. One shot
Hanya terdapat satu lapisan sahaja.

Kumpulan Panglima Awang telah memilih lagu Hajat oleh Hael Husaini sebagai lagu. Hanya terdapat seorang ahli daripada kumpulan kami yang akan menyanyi (mimik mulut) dan ahli lain pula menari. Kami telah melakukan video tersebut di Kotak Hitam yang terletak di FBMK. Kami telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dari segi tarian, penceritaan supaya semuanya berhasil. Akhirnya kumpulan kami mendapat pujian dan antara dua kumpulan yang terbaik :)

2. One shot two layer
Terdapat dua lapis dalam video iaitu seorang menyanyi dan lapisan kedua ialah orang yang melakukan aktiviti lain seperti berlakon, menari dan sebagainya.

Kumpulan kami memilih lagu joget lambak oleh Adam. Kami juga telah berlatih dengan baik supaya semuanya berjalan dengan lancar. Semua lelaki dalam kumpulan kami perlu menyanyi dan yang lain pula menari dan terdapat sedikit lakonan. Konsep video ini ialah orang tua yang tidak pandai menari dan akhirnya ikut menari sama macam orang muda.

Kami membuat video ini di hadapan muzium warisan.

3. One shot three layer
Terdapat tiga lapis yang melibatkan orang yang menyanyi, orang yang berlakon, orang lalu lalang (secara tidak sengaja) atau pokok yang bergoyang

Lagu Terima Kasih oleh Iamneeta telah kami pilih sebagai lagu utama. Kami membuat konsep santai seperti berkelah. Semua ahli perlu menyanyi. Dalam video tersebut, kami melakonkan seperti kami sedang berkelah bersama rakan-rakan.

Lokasi yang telah kami pilih bertempat di Bukit Ekspo.


Selesai sudah video one shot. Tetapi ada video baru yang akan mendatang. Nantikannyaaa..........



BBM3410/18 : Papan Cerita

Hai semua! Pada hari ini saya cerita tentang proses penghasilan papan cerita yang kami sekumpulan telah buat. Papan cerita yang dimaksudkan ialah e-majalah.

Sedikit info tentang E-majalah:
E-majalah merupakan majalah elektronik

Jadi apakah sebab Prof menyuruh kami menghasilkan E-majalah?
E-majalah dihasilkan untuk menambahkan pengetahuan kami sebagai pelajar multimedia. Kalau belajar multimedia tanpa praktikal, tak guna juga bukan? Jadi prof memberi kami pendedahan kepada e-majalah supaya bila tamat pengajian nanti kami juga boleh menceburkan diri dalam bidang yang melibatkan pembikinan majalah dan sebagainya.

Perkara penting dalam pembikinan E-majalah:

-Menggunakan kertas A4 dan pensel
Segala tulisan dan lukisan perlu kami buat dengan menggunakan pensel. Runsing saya sebab saya taklah kreatif sangat. Tapi dengan adanya 10 orang ahli kumpulan, tiada yang mustahil untuk dilakukan.

-Semua perlu mengambil bahagian
Kata prof, setiap orang perlu ambil bahagian. Maknanya, lima helai kertas ada 10 halaman. Jadi setiap orang perlu mengambil satu halaman untuk lukis dan tulis. Kami perlu memilih satu produk untuk dimasukkan dalam majalah dan produk tu tak boleh sama dengan orang lain!

-Pilih satu produk
Kumpulan Panglima Awang telah mengambil keputusan untuk memilih produk pakaian sebagai barang yang ingin dimasukkan dalam majalah. Sebab kami memilih pakaian sebagai produk kami adalah kerana pakaian ada pelbagai jenis iaitu untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kami telah mengatur pakaian seperti di bawah:

Lelaki:
-formal
Pakaian untuk ke majlis formal, pejabat, temu duga.

-kasual
Pakaian santai seperti pergi berjalan-jalan

-sukan
Pakaian untuk bersukan seperti jersi


Wanita:
-formal
Pakaian untuk majlis formal, ke tempat kerja, temu duga

-kasual
Pakaian santai

-fesyen
Pakaian untuk ke pusat beli belah


Kanak-kanak:
-pelbagai
Pakaian kanak-kanak merangkumi pakaian untuk berjalan, bersantai, majlis dan sebagainya.

Kami telah membahagikan kerja tersebut. Pembahagian kerja adalah seperti:

1. Muka hadapan - Ummu
Perlu ada gambar dan penerangan, nama kumpulan

2. Sidang pengarang -Fatin
Senarai nama ahli

3. Lelaki formal - Rao
Gambar baju seperti baju blazer, kemeja

4. Lelaki kasual - Goh
Baju santai seperti t-shirt

5. Lelaki sukan - How
Baju sukan seperti jersi

6. Wanita formal - Safwan
Baju formal seperti kemeja dan baju kurung

7. Wanita kasual - Adel
Baju yang santai seperti blous.

8. Wanita fesyen - Fez
Baju fesyen seperti gaun

9. Kanak-kanak - Teha
Baju kanak-kanak seperti gaun

10. Muka belakang - Fatin
Majalah untuk edisi akan datang

Jadi semua orang mendapat tugas masing-masing. Setiap halaman tu perlu dimasukkan 'quote' daripada buku 200 Quotes. Kami sempat menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan iaitu pada hari Rabu.

BBM3410/18 : Asas Grafik

Assalamualaikum semuaaaa! Saya nak cerita sikit tentang aktiviti pembelajaran yang berkenaan dengan asas grafik :) Pelajar kursus multimedia dalam bahasa telah belajar asas grafik pada minggu 2. Kiranya macam asas grafik ini merupakan topik awal yang telah dipelajari.

Pada awal kuliah, pensyarah kami iaitu Prof. Dr Normaliza telah berpesan kepada kami untuk menyediakan bahan-bahan seperti

1. mounting board
sebagai asas untuk menampal asas grafik

2. gunting
untuk memotong gambar-gambar dari majalah

3. gam UHU
digunakan bagi melekatkan gambar

4. pisau
memudahkan untuk memotong gambar yang sukar untuk digunting

5. riben
digunakan sebagai penggabung kesemua mounting board

6. majalah terpakai
digunakan untuk mencari gambar yang mempunyai asas grafik

7. penebuk lubang
untuk menebuk mounting board setelah ass grafik ditampal.

Bahan-bahan itu akan digunakan pada minggu hadapan untuk aktiviti membuat asas grafik.
Minggu seterusnya, kami sekumpulan membawa bahan yang telah disuruh oleh Prof. Prof telah memberi penerangan serba sedikit mengenai asas grafik. Penerangan yang ringkas tetapi mudah difahami. Antara asas grafik yang telah diterangkan oleh Prof adalah seperti

1. mudah
Mudah maksudnya jelas difahami, dan mudah untuk ditafsirkan. Sebagai contoh:

2. keseimbangan
seimbang dari segi kedudukan

3. kesesuaian
sesuatu objek difokus bersesuaian dengan tempatnya

4. warna
meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan kontras yang baik

5. teks
mengandungi teks seperti penerangan tentang gambar

Untuk membuat suatu asas grafik menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan, prof telah memesan kepada kami supaya kami membuatnya dengan teliti. Prof tak mahu ada gelembung-gelembung masa tampal gambar di mounting board. Memang mencabar! Mujurlah ada rakan sekumpulan dan kreatif dan banyak membantu.

Kami perlu menyiapkan asas grafik ini sebelum jam 2 petang. Menggelabah semuaa buat. Kelam kabut juga pada awalnya tapi mujur sempat siap. Namun, kumpulan Panglima Awang berjaya menghasilkannya. Walaupun sangat kelam kabut, tapi kami seronok membuatnya kerana kami melakukan secara bersama.