Showing posts with label Tugasan. Show all posts
Showing posts with label Tugasan. Show all posts

Saturday, November 3, 2018

BBM3410/18 : Tugasan Multimedia Menghantui Diriku Yang Redha~

Haiii~~ Hari ni nak cerita sikit tentang tugasan Multimedia dalam Bahasa yang perlu dibuat baru-baru ni.

Masa dekat Cameron Highlands haritu, sedang syok melawa dan bersiap untuk ke Bharat Tea Valley, tetiba dapat ws daripada ketua kelas tercinta.

Bunyinya seperti ini. Terus khuatir!
Baca je ws tu, saya terus meluru ke balkoni hotel untuk ambil gambar tangan tanda OK. Dah ambil lepastu macam tak berseni pula tengok. Jadi saya pun bercadang nak ambil gambar tangan OK dekat Bharat Tea Valley.

Inilahhh dia. Walaupun tanganku tak cantik dek kerana banyak luka cakaran kucing, tapi takpe.
Demi Prof tercinta sanggupku gagahi!
Orang keliling menengok je saya buat gini. Apa yang OK dia pun tak faham agaknya. Ini antara hidup dan mati! Hahahahahaha ye dokk. Demi penggantian kuliah secara online pada hari Isnin depan.

Inilah bukti bahawa gambar ini telah dipos di Instagram. Tengok Hashtag berkenaan.
#SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline
Jam 8 malam. Prof terus cek setiap satu pos pelajar. Yang Prof 'like' tu maksudnya pos telah diterima. Hehehe

Dan telah di-'like' oleh Prof tercinta :)
Tetiba kat atas tu ada komen 'old money' bagai. Terus block!
Prof maklumkan keputusan sama ada kuliah online atau kelas seperti biasa di blog beliau.

Dan jawapannyaaa..................

Buat suspen je Prof ni. Ni yang sayang lebih!

Cuak mula-mula. Macam gaya buka SMP nak tengok keputusan ujian. Baca mula-mula dah sebak dah sebab kata kuliah seperti biasa. Rupanya scroll bawah lagi Prof kata dia tipu hahahahaha bersyukurnya.

Prof ni bukan hanya pandai bergurau, tapi tersangat pandai bergurau hahahahahahahaa. Terima kasih Prof sebab luluskan cuti kami budak BLM.

Oh lupa nak beritahu. Cuti pertengahan semester ni Prof minta pelajar untuk pos 10 gambar yang berhashtag #BBM3410 #200Quotes #ProfDrN #Minggu8 #KampungKu dan hashtag kelakar.

Jadi nak cakap kat sini. Aku telah pun pos kesemua gambar! Yeayy! Memandangkan hari ni dah pun hari Sabtu. Jadi memang wajarlah kalau dah pos 10 gambar sebab sehari dua kali pos hehehe. Saya mengikut arahan tau Prof!

Bukti yang dah ditanda dengan warna pink tuuuu~

Inilah dia. Cukup sepuluh. Semoga Prof like semua gambar saya T_T. Like dari Prof ni umpama macam saya dapat like daripada ahli kumpulan EXO (kumpulan KPOP). Besarnya harapan saya ni hehehehe.

Okay itu sahaja tentang tugasan. Harapnya Prof saya baca entri ni dan like gambar saya di instagram hahahahah. Semoga Prof dirahmatii selaluuuu <3

Yang lain kalau nak like juga boleh pergi ke instagram @fatin.amrannn hehehe sangat dialukan. Jangan tinggalkan komen negatif. Block terus. Kbyeee

Sekiann. Terima kasih singgah :D

BBM3410/18 : Di Sebalik Tabir Pembikinan Video 'One Shot' Panglima Awang

Haii! Mulai minggu 7, pelajar Multimedia dalam Bahasa akan mula belajar 'shooting' video. Maknanya semua pelajar kena menghasilkan sebuah video. Tugasan yang pertama berkenaan dengan video ialah pelajar perlu membuat video 'one shot' iaitu kena pilih satu lagu Melayu dan buat ala-ala 'music video' hehehe alaaaaa macam KPOP tu kan ada menari bagai. Tapi ni terpulang kepada kumpulan masing-masing nak buat apa. Berlakon sambil buat mimik mulut ke atau nak menari ke tapi mesti kreatif.

Kumpulan saya iaitu Panglima Awang memilih lagu 'Hajat' oleh Hael Husaini macam yang dah disebut pada entri lalu. Kenapa pilih lagu ni ya? Mungkin lagu ni ada keistimewaan sendiri dan tambahan lagi tengah meletopsss sekarang!

Lepas dah dapat tugasan ni, keesokannya Panglima Awang bercadang untuk berbincang apa yang perlu dibuat semasa video one shot nanti. Fikir punya fikir akhirnya kami membuat keputusan untuk memilih salah seorang daripada ahli Panglima Awang sebagai penyanyi utama merangkap Hael Husaini 'copy ori' dan yang lainnya buat apa? Watak sampingan dan perlu menari sikit lahhh.

Menarinya tak susah mana, cuma nak hafal 'step' je. Takde masalah sangat. Syukur! Satu hari berlatih semua dah boleh ikut rentak! :D Bangganya dengan Panglima Awang~

Hari Khamis, kami mula bersiap sedia untuk hasilkan video tersebut. Semua berpakaian mengikut apa yang disuruh hhahahah mujur semua tepati masa! Bukan sekali kami rakam, tetapi berkali-kali. Sebab nak menghasilkan video one shot terbaik memang susah! Harap Prof suka dengan video kami dan terhibur!

Barisan pelakon dan penyanyi. Ce teka siapa penyanyi utama? :P
Terhasilnya gambar ni bermakna siaplah sudah video one shot yang sangat dinantikan. Hasilnya? Tunggulah nanti semasa kelas.

Harap dapat komen yang murni daripada Prof!

Itu sahaja.... Mekasihhh sebab singgah :)

Friday, October 26, 2018

BBM3410/18 : Maka Bermulalah 'Shooting' Pada Minggu Ketujuh!

Hai semua! Pada minggu 7 telah diadakan pembentangan simpulan bahasa untuk setiap kumpulan. Yaa yang hari tu kami semua berebut-rebut nak ambil simpulan bahasa dan perlu gambarkan simpulan bahasa tersebut. Untuk kumpulan saya iatu Panglima Awang, Prof kata gambar simpulan bahasa pertama cantik! Syukurlahh. Dan kami juga berikan kredit untuk lagu instrumental yang kami letak dalam video. Maka dapatlah juga pujian di situ. Syukurrrrrr.

Lepas semua dah bentangkan simpulan bahasa, Prof kata kami ada tugasan juga masa cuti ni. Kami perlu muat naik gambar setiap minggu 3 gambar. Tetapi masa cuti pertengahan ni, kami perlu muat naik 10 gambar yang ber-hashtag-kan #KampungKu. Prof kata apa yang dah dipelajari sebelum ni pun kami perlu aplikasikan semasa ambil gambar. Kita tunggu dan lihat jelah macam mana hehehe.

Kemudian, Prof bagi lagi tugasan untuk kami bentangkan lepas naik cuti nanti. Tugasan apa? Haaa... Kali ni bukan fotografi lagi, ini 'shooting' video pulaaaa. Kata Prof, kami perlu hasilkan video 'One Shot'. Gaya macam buat 'music video' tapi kamera perlu statik jee dan video tidak boleh diedit. Mudah ke agaknya? Prof suruh pilih satu lagu. Kena 'cop' lah laguuuu.Hahahaha tiba-tiba macam tak sabar nak 'shoot'. Bila lagi nak tunjukkan bakat hehehehe

Lagu yang dipilih setiap kumpulan

Jadi kumpulan Panglima Awang pada awalnya nak buat lagu Tak tahu malu - Atmosfera, tapi bila tengok liriknyaa, banyak percampuran kod. Prof nak lirik yang guna bahasa Melayu keseluruhan. Maka kami pun tukarlah lagu Hajat - Hael Husaini. Memang lagu ni ala-ala lelaki kasanova. Siapalah yang jadi penyanyi utama nanti ya? Hehehehe. Tunggu dan lihatlah.

Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18 : Simpulan Bahasa Berdasarkan Gambar

Hai semuaaa. Hari ni nak cerita sedikit tentang tugasan minggu ke 6 subjek multimedia dalam bahasa. Jadi apa yang saya dan rakan perlu buat? Jawapannya ialah kami perlu memilih 10 simpulan bahasa dan perlu membentangkannya pada minggu berikutnya. Bukan pembentangan biasa tau, kami perlu mengambil gambar berdasarkan makna simpulan bahasa tersebut. Sebagai contoh, cakar ayam. Jadi apa yang kami perlu gambarkan melalui simpulan bahasa cakar ayam? Caranya ialah kami harus mengambil gambar tulisan yang betul-betul buruk. Samalah juga dengan simpulan bahasa yang lain.

Mudah ke tidak? Mujur kami dapat siapkan dalam masa sehari sahaja. Risau takut waktu akhir hari yang sama kami diberi tugas. Jadi kami sekumpulan siapkannya cepat-cepat :)

Senarai simpulan bahasa 8 kumpulan. Fuhhh berebut pilih simpulan bahasa!

Di sebalik tabir pembikinan gambar untuk salah satu simpulan bahasa! 

Agak-agaknya apa simpulan bahasa untuk gambar ini? Jeng jeng jeng

Apa hasilnya nanti agaknya? Kena tunggu hari pembentangan nanti. Harap dapat markah yang baik daripada Prof. Amin!

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Singkatnya masa tugasan kali ni!! T_T

Assalamualaikum dan hai semuaaaa! Baiklah apa pula cerita untuk minggu ini. Minggu ni seperti biasa hari Isnin ada kelas Multimedia dalam Bahasa bersama Prof. Debaran setiap kali masuk kelas akan terasa sebab tugasan akan diberikan masa kuliah berlangsung. Saya cuba untuk meneka bentuk tugasan apa pula kali ni, sama ada tugasan fotografi atau video pula kali ni. Okay salah satu tekaan saya betul iaitu fotografi! Kesinambungan daripada tugasan sebelum ini, kami dikehendaki untuk mengambil gambar ‘flat lay’. Apa itu flat lay? Susah untuk terangkan, tapi kalau tengok gambar mesti semua orang akan tahu. Nak tengok contohnya? Lihat di bawah..

Ini contoh flat lay dari Cik Google yaaa. Cantiklahh kann

Pada awal kuliah, Prof menceritakan tentang apa itu flat lay dan bagaimana untuk mengambil gambar secara flat lay. Kamera mesti terletak betul-betul di atas objek supaya gambarnya cantik. Bukan flat lay je tau, ada juga half flat lay, quarter flat lay dan zero flat lay. Untuk gambar half flat lay, kamera mesti menyenget 45 darjah manakala quarter flat lay pula perlu separuh daripada half flat lay. Haaaa kiralah sendiri berapa xD kemudian untuk zero flat lay, kamera mesti berada betul-betul di atas lantai yaa. Bukan mudah tau nak hasilkan. Mujurlah ada 10 ahli, bolehlah bahagi tugas.

Mula-mula sebelum prof beritahu tarikh akhir untuk hantar tugasan ni, saya dah fikir nak buat di bilik. Saya dan rakan dah fikir dah objek apa yang kami nak guna seperti alat solek, alat elektronik, kasut dan sebagainya. Siap dah sediakan lagi nak guna latar apa untuk lapikkan produk yang kami gunakan. Sekali Prof cakap perlu disiapkan hari itu juga sebelum jam 12.30 tengah hari. Perlu muat naik dalam Instagram tahu!! Punah harapan, idea pun makin menghilang. Matilah nak guna produk apa untuk letak dalam gambar flat lay nanti. Waktu tu pun dah jam 11 pagi. Lagi satu jam setengah! Aduhhh, yang ada sekarang ni alat tulis dan buku sahajalah. Macam mana ni? Nak tercirit rasa ni berdebar sangat tengok jam di dinding terus berdetakk arrrrr. Nak balik kolej ambil barang memang buang masa. Jadi, ku teruskan juga membuat tugasan ini bersama rakan yang lain. Kami sekumpulan pun apa lagi, selongkarlah beg masing-masing tengok apa yang ada. Semua benda yang ada kami gunakan sebagai produk flat lay. Lantakkkkk….

Lepas tu, prof kata cuba buat dulu dalam bilik kuliah. Kami pun ambillah tempat kat belakang sekali. Lagi sekali punah harapan, lantai bercalar balar, pencahayaan kurang baik. Tak apa, yang penting sekarang ni kemahiran ambil gambar. Produk bagus, latar cantik tapi kemahiran hancus pun tak boleh juga kannn. Jadi kami pun bertungkus lumus menghasilkan sebuah gambar flat lay yang pertama. Tadaaaaaaa inilah hasilnya….

Flat Lay Barangan Elektronik. Kamera berada di atas objek. Kamera jangan senget tau! Nanti tak menjadi...

Kami perlu ambil lima gambar untuk flat lay. Kemudian kami sambung untuk gambar half flat lay, quarter flat lay, zero flat lay. Lihatlah hasilnya daripada sekumpulan Panglima Awang.


Half Flat Lay Telefon Bimbit. Kamera menyenget 45 darjah. Setelah sepuluh kali ambil inilah hasilnya.....

Quarter Flat Lay Kasut. Yang ini susah juga sebab separuh darjah daripada half flat lay. Macam mana tu? 45 darjah bahagi lagi dua. Jadi dapatlah sudut ini...

Zero Flat Lay Bunga. Kamera mesti berada di atas lantai. Bukan mudah ya anak anak...


Jadi bagaimanakah kumpulan Panglima Awang menghasilkan sebuah flat lay?


Salah seorang ahli kami sedang menyusun produk. Mujur kreatif hehehehe

Lihatlah si ganteng ini bertungkus lumus ambil gambar flat lay dari pelbagai sudut

Haaa buat apa tu banggg hehehe abang sado kita menghasilkan flat lay. Macam ni nampak biasa sahaja kan? Dalam gambar macam berlatarkan pasir. Cantik!

Ramainyaaa penonton... bukan sekadar penonton yaaa, mereka ni semua nak halang cahaya sebab nampak bayang dalam gambar. Prof kata tak boleh! T_T


Jadi itulah sahaja cerita tugasan minggu ni. Memang berdebau bak kata orang Melaka. Apa pula tugasan untuk minggu depan ya? Saya jangkakan mungkin ada pembentangan pula. Takkan lah tugasan ni cuma perlu ambil gambar je kan. Takpelah, kita tunggu saja ya. Okay terima kasih sebab sudi singgah ke coretan kali ini :)

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Ayuh ke Pesta Makanan!

Assalamualaikum! Hari ini saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang berlaku minggu lepas. Sesuatu yang saya nanti-nantikan selama ini :) Apakah itu??? Yaaaaa, pesta makanan! Pada mulanya memang saya tidak tahu menahu tentang pesta makanan diadakan di FBMK tetapi telah sedia maklum bahawa pesta makanan memang pernah diadakan sebelum ini. Prof. Dr. Normaliza yang telah mengingatkan kami tentang pesta makanan yang diadakan pada 26 September di Muzium Warisan Melayu. Tambah beliau lagi, kami diwajibkan hadir! Saya tiada masalah pun untuk hadir sebab makanan memang sesuatu yang saya minati!

Kami sempat bergambar dengan Prof!


Acaranya bermula jam 9 pagi untuk Majlis Perasmian oleh wakil KPDNKK, Tuan Haji Abdullah. Selepas selesai majlis perasmian, saya dan rakan terus meluru ke gerai makanan. Rupanya ramai juga pensyarah dan kaki tangan FBMK yang melibatkan diri untuk menjaga dan menjual di gerai jualan. Sangat meriah tau! Saya sempat menilik satu per satu gerai. Dapatlah saya lihat juadah seperti laksa, sambal hitam, tempoyak, kuih tradisional dan banyak lagi. Arghh rambang mata nak pilih makanan. Akhirnya saya sempat membeli laksa dan minuman sejuk sahaja. Memang sangat sedap! Rasa nak beli lagi tapi segan.

Gerai makanan tradisional

Saya sempat juga bergambar dengan rakan-rakan saya. Alang-alang duduk berdekatan dengan rumah Melayu Tradisional.

Menyempat sajaaaaaaa! Jangan marahhh
Sempat juga melihat-lihat makanan di trak makanan berdekatan parkir. Terliur sebab nampak enak.

Tengok jeeee. Belinyaa tidak!

Sesudah makan, saya dan rakan pun pulanggg. Tapi tak lupa juga arahan Prof. Beliau suruh kami muat naik sepuluh gambar pesta makanan di Instagram! Mujur cukup sepuluh...

Sekian sahajaa... Terima Kasih!

BBM3410/18 : Debaran Tugasan Semakin Terasa Menjelang Minggu Keempat!

Assalamualaikum semuaaaa! Minggu ini merupakan minggu keempat kuliah. Maknanya minggu ini kami perlu melakukan beberapa perkara. Salah satunya ialah kami perlu memuat naik gambar yang terdiri daripada: 
1. Mug Shot
2. Long Shot
3. Medium Shot
4. Over The Shoulder
5. Portrait
6. Bird's Eye View

Bukan mudah nak ambil gambar secara profesional dan cantik. Banyak kali juga kami sekumpulan cuba dan banyak tempat kami pergi untuk mendapatkan gambar yang menarik. Salah satu lokasi ialah Dewan Besar UPM, Bukit Ekspo, Mid Valley dan Seri Kembangan. Hasilnya adalah seperti berikut:

Over The Shoulder

Portrait

Medium Shot
Bird's Eye View

Long Shot

Mug Shot


Semua gambar ini kami perlu muat naik di dalam Instagram. Mujur saya ingat bila tarikh akhir untuk muat naik semua gambar ini. Sempat saya siapkan semuanya. Terima kasih Prof sebab bagi kami seminggu untuk menyiapkannya! Tetapi semuanya perlu ada 'Hashtag'. Contohnyaaaaa:
#BBM3410Fotografi
#MugShot
#200Quotes
#ProfDrN
#CantikTakSaya

Dalam minggu yang sama kami perlu muat naik gambar di Instagram, Prof juga telah meninggalkan kami kerja di dalam PutraBlast tetapi perlu dihantar melalui e-mel. Kami perlu membaca arahan yang ditinggalkan di dalam Putrablast dengan teliti supaya e-mel yang kami hantar diterima. Kerja yang diberikan adalah berdasarkan buku 'Boom' yang ditulis oleh Prof sendiri. Gelabahnya saya menyiapkan kerja itu namun sempat menyiapkan tugasan tersebut. Tepat jam 4 iaitu waktu tugasan perlu dihantar, saya terus membuka e-mel untuk hantar tugasan itu dengan harapan Prof terima.

Kecewanya saya apabila malam itu juga Prof memaklumkan kepada kami hanya beberapa e-mel yang diterima dan yang lain ditolak kerana terdapat kesalahan subjek. Saya tergolong dalam orang-orang yang tidak berjaya diterima! :( Sedihnyaaa saya. Padahal saya telah membuat subjek dengan betul dan menghantar tepat pada waktu. Tak mengapalah. Ujian Tuhan untuk saya. Mungkin ada hikmah semuanya berlaku. Saya positif sahaja. Saya harap selepas ini e-mel saya diterima Prof dan saya membuat tugasan dengan lebih baik.





Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Mari Belajar Asas Grafik!

Hai semuaaaaaa! Untuk entri yang kali ini, kita akan gunakan bahan yang telah disenaraikan untuk menghasilkan sebuah asas grafik yang menarik.

Terlebih dahulu, Prof telah memberikan sedikit penerangan mengenai asas grafik. Terdapat lima asas grafik. Antaranya ialah:
1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Selepas Prof beri penerangan kepada pelajar, Prof meminta pelajar untuk menghasilkan asas grafik. Tetapi, Prof juga pesan supaya kami melakukannya dengan teliti. Prof tidak mahu ada gelembung apabila melekatkan gambar-gambar di atas 'mounting board'.

Kami sekumpulan bersepakat untuk melakukannnya bersama-sama supaya dapat menghasilkannya dengan baik. Tapi tugasan ini ada had waktunya tahu? Kami perlu hantar tugasan ini sebelum jam 2 petang. Jadi tidak boleh melengah-lengahkan waktu dan buang masa!

Pertama sekali, kami perlu mencari gambar dalam majalah terpakai dan klasifikasikannya mengikut lima elemen asas grafik yang telah diterangkan oleh Prof. Kelam kabut juga kami siapkan sebab takut tidak sempat.

Panglima Awang bertungkus lumus menghasilkan asas grafik yang baik

Inilah hasilnya setelah dua jam siapkan :)

Bahagian hadapan untuk nama kumpulan, ahli dan nombor matrik


Mudah
Teks

Keseimbangan

Kesesuaian

Warna

Seronok sangat hasilkan asas grafik walaupun perlukan ketelitian. Yang penting sekali, kami bekerjasama untuk menghasilkannya dengan baik. Mujur kami sempat siapkan tepat pada waktunya. Terima kasih Prof atas tunjuk ajar yang diberikan!

Sekian, terima kasih :)

BBM3410/18: Seronoknyaaa Minggu Pertama Kuliah Bersama Prof!

Haiiiiii! Bertemu lagi kita untuk entri yang kedua. Kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang berlaku pada kuliah yang pertama. Kuliah pertama Multimedia dalam Bahasa dimulakan pada 12 September 2018, jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan nak ke kuliah yang bertempat di Bilik Asraf, saya rasa sangat gugup, takut, sakit perut. Kenapa pula? Sebab saya memang sentiasa takut setiap hari pertama kuliah bermula. Tambahan pula, ini kali pertama saya mengambil subjek yang diajar oleh Prof. Dr. Normaliza.

Mujur saya datang awal ke kuliah, sebab Prof tidak suka orang yang lambat. Prof sangat menepati masa. Jadi pelajar mesti datang lebih awal daripada Prof. Semasa Prof mula melangkahkan kaki ke dalam kelas, semua orang mula duduk tempat masing-masing dan senyap. Takut juga pada mulanya sebab ingatkan Prof jenis yang sentiasa serius dan tegas sepanjang kuliah berlangsung. Rupa-rupanya tidak juga kerana Prof kelakar orangnya dan sangat bersahaja.

Pada awalnya, Prof memberi penerangan serba sedikit tentang rangka kursus untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Prof juga mengingatkan para pelajar tentang etika pemakaian yang perlu diikuti sepanjang menghadiri kuliah. Antaranya ialah pelajar mesti memakai pakaian yang kemas dan kasut bertutup. Etika pemakaian memang penting bukan? Selalunya pelajar pakai apa sahaja yang mereka mahu, tetapi apabila dengan Prof, pelajar mesti patuh dengan arahan beliau. Barulah nampak lebih berkaliber bukan?

Sesudah itu, Prof juga menyuruh pelajar untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli. Saya berjaya untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Cuba teka apa nama kumpulan kami? Nama kumpulan kami ialah Panglima Awang. Macam pahlawan pula nama itu. Yang penting bukan Mak Cik Bawang.

Inilah ahli kumpulan saya! Tapi tak cukup seorang :'( Maaf....

Setelah itu, Prof memesan kami semua untuk membawa bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan sebuah asas grafik yang menarik. Kata beliau, kita akan belajar tentang asas grafik pada minggu hadapan. Jadi, antara bahan yang perlu dibawa adalah seperti:

1. Mounting Board



2. Gunting

3. Gam UHU Stick


4. Pisau

                                                     

5. Riben

                                                     


6. Majalah Terpakai

                                                   

7. Puncher 



Bahan ini perlu dibawa minggu hadapan. Jadi bersedialah ya.....

Oh, lagi satu. Prof juga meminta kami semua untuk membeli buku yang beliau terbitkan sebagai rujukan semasa dalam kelas nanti. Duit buku mesti dibayar melalui atas talian. Semua pelajar wajib beli. Mudahlah nanti untuk buat rujukan. Yang penting mesti beli terus dari Prof. Tidak boleh fotokopi yaaaaa.

Itu sahaja minggu ini. Tunggulah apa yang akan dibuat pada minggu hadapan ya.

Sekian, terima kasih.