Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Seronoknyaaa Minggu Pertama Kuliah Bersama Prof!

Haiiiiii! Bertemu lagi kita untuk entri yang kedua. Kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang berlaku pada kuliah yang pertama. Kuliah pertama Multimedia dalam Bahasa dimulakan pada 12 September 2018, jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan nak ke kuliah yang bertempat di Bilik Asraf, saya rasa sangat gugup, takut, sakit perut. Kenapa pula? Sebab saya memang sentiasa takut setiap hari pertama kuliah bermula. Tambahan pula, ini kali pertama saya mengambil subjek yang diajar oleh Prof. Dr. Normaliza.

Mujur saya datang awal ke kuliah, sebab Prof tidak suka orang yang lambat. Prof sangat menepati masa. Jadi pelajar mesti datang lebih awal daripada Prof. Semasa Prof mula melangkahkan kaki ke dalam kelas, semua orang mula duduk tempat masing-masing dan senyap. Takut juga pada mulanya sebab ingatkan Prof jenis yang sentiasa serius dan tegas sepanjang kuliah berlangsung. Rupa-rupanya tidak juga kerana Prof kelakar orangnya dan sangat bersahaja.

Pada awalnya, Prof memberi penerangan serba sedikit tentang rangka kursus untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Prof juga mengingatkan para pelajar tentang etika pemakaian yang perlu diikuti sepanjang menghadiri kuliah. Antaranya ialah pelajar mesti memakai pakaian yang kemas dan kasut bertutup. Etika pemakaian memang penting bukan? Selalunya pelajar pakai apa sahaja yang mereka mahu, tetapi apabila dengan Prof, pelajar mesti patuh dengan arahan beliau. Barulah nampak lebih berkaliber bukan?

Sesudah itu, Prof juga menyuruh pelajar untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli. Saya berjaya untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Cuba teka apa nama kumpulan kami? Nama kumpulan kami ialah Panglima Awang. Macam pahlawan pula nama itu. Yang penting bukan Mak Cik Bawang.

Inilah ahli kumpulan saya! Tapi tak cukup seorang :'( Maaf....

Setelah itu, Prof memesan kami semua untuk membawa bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan sebuah asas grafik yang menarik. Kata beliau, kita akan belajar tentang asas grafik pada minggu hadapan. Jadi, antara bahan yang perlu dibawa adalah seperti:

1. Mounting Board



2. Gunting

3. Gam UHU Stick


4. Pisau

                                                     

5. Riben

                                                     


6. Majalah Terpakai

                                                   

7. Puncher 



Bahan ini perlu dibawa minggu hadapan. Jadi bersedialah ya.....

Oh, lagi satu. Prof juga meminta kami semua untuk membeli buku yang beliau terbitkan sebagai rujukan semasa dalam kelas nanti. Duit buku mesti dibayar melalui atas talian. Semua pelajar wajib beli. Mudahlah nanti untuk buat rujukan. Yang penting mesti beli terus dari Prof. Tidak boleh fotokopi yaaaaa.

Itu sahaja minggu ini. Tunggulah apa yang akan dibuat pada minggu hadapan ya.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment