Terlebih dahulu, Prof telah memberikan sedikit penerangan mengenai asas grafik. Terdapat lima asas grafik. Antaranya ialah:
1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks
Selepas Prof beri penerangan kepada pelajar, Prof meminta pelajar untuk menghasilkan asas grafik. Tetapi, Prof juga pesan supaya kami melakukannya dengan teliti. Prof tidak mahu ada gelembung apabila melekatkan gambar-gambar di atas 'mounting board'.
Kami sekumpulan bersepakat untuk melakukannnya bersama-sama supaya dapat menghasilkannya dengan baik. Tapi tugasan ini ada had waktunya tahu? Kami perlu hantar tugasan ini sebelum jam 2 petang. Jadi tidak boleh melengah-lengahkan waktu dan buang masa!
Pertama sekali, kami perlu mencari gambar dalam majalah terpakai dan klasifikasikannya mengikut lima elemen asas grafik yang telah diterangkan oleh Prof. Kelam kabut juga kami siapkan sebab takut tidak sempat.
Panglima Awang bertungkus lumus menghasilkan asas grafik yang baik |
Inilah hasilnya setelah dua jam siapkan :)
Bahagian hadapan untuk nama kumpulan, ahli dan nombor matrik |
Mudah |
Teks |
Keseimbangan |
Kesesuaian |
Warna |
Sekian, terima kasih :)
No comments:
Post a Comment