Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Fatin Si Pendiam...

Assalamualaikum dan hai semuaaaaa! Selamat datang ke blog saya yang cantik ini. Sebelum itu, saya ingin perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Fatin Alya Amran, pelajar tahun akhir Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya pendiam orangnya, dan sedikit pemalu. Sebab itulah nama entri saya Fatin Si Pendiam. Saya kekok bila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali. Susah nak ubah diri ini, tapi sejak masuk universiti, saya cuba untuk beranikan diri dan bercampur dengan semua orang. Kini saya ada ramai kawan dekat universiti. Semuanya ramah tamah sampaikan saya pun terikut-ikut.

Inilah saya si pendiam itu. Nampak macam pendiam ke tidak?

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun akhir di universiti. Perasaan? Gembira atau sedih? Separuh gembira dan separuh sedih. Gembira sebab dah nak tamat pengajian. Sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan yang sangat saya sayangi dekat sini. Lagi satuuu, sedih sebab PITA tak siap lagi. Habislah! Kena cepat buat kalau nak bergraduasi tepat pada masanya. Cakap pandai tapi buatnya tidak. Jangan putus asa! Mari buat PITA (motivasi untuk diri sendiri).

Semester 7 tahun akhir mungkin akan menjadi semester yang mencabar untuk saya. Bersedia untuk menyiapkan PITA dan pembentangan projek PITA. Mujur subjek semester ini tidak terlalu banyak. Tapi saya nak cerita salah satu subjek yang saya ambil semester ini. Subjek apa itu? Subjek Multimedia dalam Bahasa. Cuba teka siapa pensyarahnya. Semestinya Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. Berdebar-debar bila dapat tahu Prof yang mengajar subjek ini. Bukan takut, tapi sangat takut. Takut kalau tak dapat markah yang baik untuk subjek ini.


Jadi, apa yang akan berlaku seterusnya? Nantikan entri saya yang berikutnya...

Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment