Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Jalan-Jalan Genting Highland!


Hai semuaaa. Hari ini saya nak cerita tentang aktiviti saya pada minggu lepas. Sabtu yang lalu, saya dan rakan telah bercadang untuk ke Genting Highland. 


Macam mana boleh timbul idea nak ke Genting Highland sedangkan tempatnya agak jauh dari Serdang dan membazir sahaja pergi jauh-jauh. Oh tidakkkkk. Tak membazir pun sebab bajet untuk ke Genting Highland tak lah mahal sangat. Lagipun kami gunakan kenderaan awam sahaja, memang jimat! Asyik pergi IOI City Mall, The Mines dan Mid Valley sahaja, bosan juga kan? Nak juga teroka apa yang ada di Malaysia ni hehe. Nak tahu tak macam mana kami pergi ke Genting Highland dengan jimat? Cukup 100 ‘likes’ saya cerita (Acah-acah budak Twitter). Gurauuu sajaa. Sebenarnya tips ini hanya untuk orang yang ingin pergi dan balik hari sahaja. Kalau tidur sana memanglah mahal sebab harga hotelnya MashaAllah!

Saya kongsikan yaaaa. Okay, saya dan rakan telah bergerak seawal jam 8 pagi dari kolej untuk ke KTM Serdang. Kena awal yaa sebab rugi je nanti kalau sampai lambat, masa di sana pun tak banyak lahh. Kami naik grab untuk ke KTM Serdang dengan harga RM10. Kalau pelajarlah nak jimat, naiklah bas ke fakulti dan tunggu di hentian bas. Nanti boleh naik bas percuma yang warna kuning tu ke KTM. Bertambah jimat! Tapi kami ni jenis malas menunggu, jadi kami pun naiklah Grab.

Kereta Grab

Sampai KTM, kami tambah nilai RM5 untuk ke TBS. Tak pasti berapa harga untuk ke TBS tapi yang pasti kurang dari RM 2.50. 

Kereta Api Tanah Melayu (KTM)
Dah sampai TBS, kami cari tiket ke Awana Terminal Bus Genting Highland. Mujur ada tiket jam 10 pagi. Tak adalah kami buang masa nanti. Harga tiket untuk ke sana adalah RM10.40! 40 sen tu untuk insurans. Kalau tidak harganya Cuma RM10 sahaja hehehe. Kami bertolak dari TBS jam 10 pagi dan terus ke Terminal bas Awana Genting Highland. Tak sesak pun jalan raya waktu tu dan kami sampai jam 11 pagi. Sekejap je bukan?

Aerobus yang kami naiki ke Genting Highland



Sampai sana kami terus beli tiket pulang. Sebab takut habis nanti! Matilah nak tidur situ keeeeee? Memang taklah kan! Lepas tu, kami dapat tiket pulang jam 6 petang. Harga tiket pulang pun RM10. Jimat jimat…. Oh lupa pula, Terminal Awana ni Cuma di bawah sahaja. Belum sampai ke atas lagi. Nak ke atas sana perlu naik gondola. Jadi kami pun beli tiket naik gondola. Untuk pergi balik gondola, harga tiket RM7 sahaja. Maknanya pergi balik RM14. Mujur tak mahal. 

Tiket gondola. Mujur ada mesin layan diri. Tak perlu beratur panjang dan jimat masa!

Kalau nak mewah sikit naiklah gondola kaca, RM35 rasanya. Tapi seramlah sebab boleh nampak bawah melalui gelas kaca. Err gerun. Naik yang gondola biasa pun dah luruh jantung! Jadi kami pun teruslah beratur untuk naik gondola. Mujur tak ramai lagi masa tuu. Sempat lah merakam video untuk kenang kenangan! Seronoknyaaa bila ingat balik. Tapi kena ingat tau, taman tema kat situ tak siap lagi. Yang ada Cuma pusat beli belah sahaja. Boleh lah kalau nak cuci mata. Kata orang di situ, taman tema mungkin siap dalam tahun 2020. Lama lagiiii… beranak pinak lah tunggu. Cuacanya taklah sejuk sangat. Bolehlahh macam kena pendingin hawa. Dingin sajaaa tapi menyamankan. 


Naik gondolaaaa. Takuttt
Muka teruja sampai Genting Highland


Dekat jam 2 kami turun semula sebab dah puas berjalan. Naik gondola untuk turun. Mujur dah beli tiket awal-awal. Nak turun ni ramai pula orang!! Di pertengahan laluan dari atas Genting Highland ke Awana Skyway, ada satu perhentian yang boleh dilawati iaitu sebuah tokong. Bolehlah untuk ambil gambar, orang yang beragama Buddha pun boleh buat upacara di situ. Kami ni cuma datang melawat dan ambil gambar sahaja. Ramai sangat orang! Sempatlah kami ambil beberapa gambar kenangan.

Ni je gambar yang ada. Jadi tukang ambil gambar je sepanjang masa.



Sesudah tu kami teruskan perjalanan untuk turun. Kami guna tiket yang sama untuk naik gondola. Kemudian kami sambung lagi jalan-jalan di Genting Highland Premium Outlet. Tak beli pun, tengok je sebab semuanya berjenama. Menangis tengah jalan! Yang paling murah pun kedai ‘Typo’ yang ada kat IOI juga tuu hahahhahaha. Victoria Secret pun ada buat jualan murah masa tu tapi yang beraturnya ramai sangat. Memang taklah nak beratur panjang semata-mata untuk secebis minyak wangi. Kirim salam sahaja lah! Surau dekat situ pun ada tau, mudahlah untuk muslim. Selesa, besar dan bersih. Syukur! Dapat beli belah dengan tenang~

Ni je yang mampu... Ilao Ilao RM19



Nak dekat jam 6, kami kembali ke terminal bas tadi untuk naik bas pulang. Huh, mujur dah beli tiket awal! Penuh sangat bas! Masa pergi tak ramai pun T_T Tapi waktu balik mengambil masa yang agak lama sebab laluan sesak. Kami bertolak pulang jam 6 dan sampai semula di TBS jam 8 malam. Lama juga kan? Sempatlah kami solat maghrib hehehe. Dan kemudian kami naik KTM untuk ke Serdang dan mengambil Grab untuk pulang ke kolej. Seronoknya! 


Gambar dekat luar. Dingin!
Walaupun ceritanya ringkas, tapi kenangan yang sangat berharga. Jadi apa hasil tangkapan? Hanya sekeping ‘casing’ telefon yang berharga RM20. Itu yang paling murah dekat situ. Bajet untuk seorang hanyalah RM44.40 tetapi tak termasuk makan. Bolehlahhhh jimat juga. Kawan kawan yang nak berjalan tu pergilah ke Genting Highland. Asyik pergi Alamanda dengan IOI je kan bosan. Pergi jauh sikit baru seronok. Lagi seronok kalau pergi bersama yang tersayanggg opss! Okay sekian sahaja. Terima kasih baca entri merapuu kehkehkeh….


No comments:

Post a Comment