Friday, October 26, 2018

BBM3410/18 : Selamat Datang ke Twitter!

Haiii.... Hari ni nak cerita sikit tentang Twitter. Baru-baru ni saya dan pelajar yang mengikut kelas Multimedia dalam Bahasa perlu buat akaun Twitter. Hahhhh sekarang ni semua akaun dah ada, instagram ada, blog ada, youtube ada, twitter pun ada! Akaun asb je takde lagi hahahahaha ehh saja gurauuu laaa.

Prof kata kami perlu 'tweet' satu hari satu tweet. Minggu seterusnya pulaa, satu 'tweet' dan satu 'retweet'. Minggu kemudiannya tak tahulah kena buat apaa pulak hahahaha. Mujurlah saya pernah guna 'Twitter' jadi takdelah kekok mana.

Kepada sesiapa yang baca entri ni meh lah 'ikut' saya kat 'Twitter'. Nak kenal-kenal ke okay jaaaaa :P Nak sembang-sembang pun bolehhh.

Ni lahhh Twitter saya.. Meh pakat 'follow'~
Jadi inilah Twitter saya ---> @AlyaAmran. tak bercita-cita nak jadi 'tweetfamous' pun tapi okaylah asalkan ada Twitter hehehehe

'Tweet' pertama sayaaa hehehe

'Tweet' dan 'Retweet'
Okayy kalau nak tahu apa lagi yang diborakkan singgah lah ye ke Twitter nii. Kalau nak lahh. Kalau tak nak pergilah duduk dalam gua sana :P

Okay sekian sahaja. Maaf terkasar bahasa. Hehehehe

BBM3410/18 : Hari Yang Menggembirakan - Prof 'Like' Gambar Di Instagram!!!

Hai!! Hari ni saya rasa teruja sedikit sebab hasil tugasan kami sekumpulan iaitu tentang fotografi mendapat 'Like' dari Prof! Allahuuuuu. Prof perasan kewujudan Instagram saya T_T Tapi hahahahha ramai je pelajar lain yang dapat 'Like' dari Prof. Jadi jangan nak berlagak sangat yaaaaa!


Terima kasihhh Prof! Nanti saya 'Like gambar Prof pula :P Jangan serik 'Like' gambar saya ya Prof! Biarlah orang nak cakap apa pun tapi saya memang dahagakan 'Like' dari Prof. 'Like' dari Prof ni umpama rezeki kurniaan Tuhan kepada saya. Saya redaaa segala tugasan yang Prof beri. Hehehe

Okay dah selesai merapuu. Tata~~~

BBM3410/18 : Maka Bermulalah 'Shooting' Pada Minggu Ketujuh!

Hai semua! Pada minggu 7 telah diadakan pembentangan simpulan bahasa untuk setiap kumpulan. Yaa yang hari tu kami semua berebut-rebut nak ambil simpulan bahasa dan perlu gambarkan simpulan bahasa tersebut. Untuk kumpulan saya iatu Panglima Awang, Prof kata gambar simpulan bahasa pertama cantik! Syukurlahh. Dan kami juga berikan kredit untuk lagu instrumental yang kami letak dalam video. Maka dapatlah juga pujian di situ. Syukurrrrrr.

Lepas semua dah bentangkan simpulan bahasa, Prof kata kami ada tugasan juga masa cuti ni. Kami perlu muat naik gambar setiap minggu 3 gambar. Tetapi masa cuti pertengahan ni, kami perlu muat naik 10 gambar yang ber-hashtag-kan #KampungKu. Prof kata apa yang dah dipelajari sebelum ni pun kami perlu aplikasikan semasa ambil gambar. Kita tunggu dan lihat jelah macam mana hehehe.

Kemudian, Prof bagi lagi tugasan untuk kami bentangkan lepas naik cuti nanti. Tugasan apa? Haaa... Kali ni bukan fotografi lagi, ini 'shooting' video pulaaaa. Kata Prof, kami perlu hasilkan video 'One Shot'. Gaya macam buat 'music video' tapi kamera perlu statik jee dan video tidak boleh diedit. Mudah ke agaknya? Prof suruh pilih satu lagu. Kena 'cop' lah laguuuu.Hahahaha tiba-tiba macam tak sabar nak 'shoot'. Bila lagi nak tunjukkan bakat hehehehe

Lagu yang dipilih setiap kumpulan

Jadi kumpulan Panglima Awang pada awalnya nak buat lagu Tak tahu malu - Atmosfera, tapi bila tengok liriknyaa, banyak percampuran kod. Prof nak lirik yang guna bahasa Melayu keseluruhan. Maka kami pun tukarlah lagu Hajat - Hael Husaini. Memang lagu ni ala-ala lelaki kasanova. Siapalah yang jadi penyanyi utama nanti ya? Hehehehe. Tunggu dan lihatlah.

Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18 : Imbas Kembali Bumi Perth Yang Nyaman

Assalamualaikum :) Sihat ke wahai kawan? Harap semuanya baik belaka hehehe. Lihatlah tajuk entri saya. Imbas kembali? Ya hari ini saya nak imbas kembali semasa saya makan angin di Perth.


Tahun 2016, lama dah tapi kenangannya masih terpahat di ingatan. Saya telah berpeluang untuk ke Perth bersama rakan. Pada masa itu, suhunya sangat rendah, sejuk gila! Saya terpaksa beli baju sejuk yang mahal dan tebal supaya tak kesejukan. Dah pakai baju sejuk pun tak tahan lagi. Teruja sangat masa tu sebab kat Malaysia, cuacanya lebih 30 darjah. Seminggu saya berada di sana dan banyak tempat saya terokai.

Menanti kapal terbang......



Teruja dengan cuaca



Err dapat pegang haiwan bulu ni. Koala yang lembut~


Ni bukan haiwan haram yang suka disebut-sebut tu tau hahaha ni wombat. Takut dicakar dengan kaki dia!

Bersama kanggaru yang comel. Jangan pegang badan dia! Belai kepala dia hehehe


Hari seterusnya. Muka teruja di depan Malaysian Hall

Muka buruk tak! Hahaha kau ada? :p

Pinnacles. Macam padang pasir. Tapi tetap sejuk

Rakan seperjuanganku yang sangat pintar!
Masa ni dekat Curtin University. Tengoklah 'Beanie' yang saya buat tu. Hahahahaha
Selfie sekali :P Tak ingat dekat mana. Tapi nak sampai sini naik bas awam.

Acah candid. Ramai lalu lalang segan la!
Banyak muka aku je ni hahaha. Ni tak ingat dekat mana. Tapi pemandangan cantik!
Naik kereta api nak pergi Fremantle. Tempat untuk beli buah tangan.
'Caught on camera' burung tu. Nampak ke? Heheh dekat sini Fish n Chip sedap. Aduhh teringin!

BBM3410/18 : Eden Suko Oden!

Hai pembaca! Entri kali ini, saya nak cerita tentang aktiviti saya pada minggu ini. Apa yang saya dan rakan buat? Jeng jeng jeng. Tak lain tak bukan, aktiviti yang digemari wanita iaitu makan dan beli belah!

Saya dan dua rakan, Shu dan Fez telah pergi ke IOI City Mall baru-baru ini untuk melepaskan stress yang melanda semenjak beberapa minggu ini. Fez pula sangat murah hati nak belanja kami sepanjang kami jalan di IOI, daripada tambang Grab sampailah ke makan minum, semua dibayarnya. Indahnya duniaaaa!

Sampai sahaja di IOI, kami singgah di Family Mart untuk menikmati makanan yang sangat tular zaman ini iaitu oden :) sumpah sedap sangat! Selalu juga saya nampak orang beli oden, tapi saya takut nak beli sebab risau tak termakan. Maklumlah namanya pun dah cukup pelik untuk didengari. Tapi lepas dah cuba rasa oden yang Family Mart, sekali makan nak tambah lagi! Yang membuatkan oden tu bertambah sedap adalah kerana orang belanja. Aduh terliur. Harganya tidaklah terlalu mahal tetapi tidak pula terlalu murah. Boleh untuk kudap kudap :P

Oden yang lazat


Rakanku yang rupawan




Sundae RM1
Terima kasih rakanku Fez sebab belanja dan terima kasih Shu sebagai penasihat untuk beli barang dan peneman. Sayang kamu!

BBM3410/18 : Simpulan Bahasa Berdasarkan Gambar

Hai semuaaa. Hari ni nak cerita sedikit tentang tugasan minggu ke 6 subjek multimedia dalam bahasa. Jadi apa yang saya dan rakan perlu buat? Jawapannya ialah kami perlu memilih 10 simpulan bahasa dan perlu membentangkannya pada minggu berikutnya. Bukan pembentangan biasa tau, kami perlu mengambil gambar berdasarkan makna simpulan bahasa tersebut. Sebagai contoh, cakar ayam. Jadi apa yang kami perlu gambarkan melalui simpulan bahasa cakar ayam? Caranya ialah kami harus mengambil gambar tulisan yang betul-betul buruk. Samalah juga dengan simpulan bahasa yang lain.

Mudah ke tidak? Mujur kami dapat siapkan dalam masa sehari sahaja. Risau takut waktu akhir hari yang sama kami diberi tugas. Jadi kami sekumpulan siapkannya cepat-cepat :)

Senarai simpulan bahasa 8 kumpulan. Fuhhh berebut pilih simpulan bahasa!

Di sebalik tabir pembikinan gambar untuk salah satu simpulan bahasa! 

Agak-agaknya apa simpulan bahasa untuk gambar ini? Jeng jeng jeng

Apa hasilnya nanti agaknya? Kena tunggu hari pembentangan nanti. Harap dapat markah yang baik daripada Prof. Amin!

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Meow Malasku Si Mi Char :)

Assalamualaikumm! Minggu ini saya nak ceritakan tentang kucing kesayangan saya yang bernama Charlie @ Mi Char @ Si Gemol @ Pemi Ti Char. Banyak nama dia, lain orang lain panggilan. Hahahahaha. Nak tahu dari mana saya ambil dia? Dari kolej serumpun!

Saya dan Si Gemol

 Manja sangat si Mi Char ni. Geram sangatt.

Si manja saya yang masam
Masa kecil dulu saya kutip dia di serumpun, dia sangat kecil masa tu. Tapi sekarang makin membesar. Maklumlah dah dimandulkan. Saya bawa dia pulang ke rumah setiap kali cuti semester. Kekadang sangat sombong. Bila saya panggil, dia tak melayan pun. Benci! Tapi bila lapar, bukan main meleseh lagi. Aduhai Mi Char!

Tapi masa cuti semester yang lepas, Mi Char sakit T_T dia tak nak makan dan murung. Sedihnya saya. Saya nekad nak bawa dia ke klinik sebab dia makan sangat sikit. Badan dia pun makin mengecil. Kesiannya. Saya bawa dia ke Klinik MyHaiwan di Sungai Udang Melaka untuk tahu penyakitnya. Kata Dr, ada ulser dalam mulutnya dan terdapat beberapa gigi yang rosak. Mi Char juga perlu buat rawatan gigi dan perlu diberikan bius. Risaunya saya. Harap sangat dia sembuh. Saya hantar Mi Char ke klinik jam 11 pagi dan perlu mengambilnya semula pada jam 4 petang. Jumlah bayaran yang dikenakan RM330 untuk rawatan Mi Char. Demi Mi Char saya sanggup keluarkan duit.

Setelah beberapa hari, dia semakin pulih. Saya bersyukur sangat dan gembira... Lihatlah dia sekarang.

Mi Char bersenang lenang di atas kerusi

Penatkah sangat sampai tidur macam ni?

Sibuk nak mengacau kucing lain di luar

Tertidur di atas peha. Lenanyaaaaa...
Saya harap dia terus sihat. Dah hampir tiga tahun dia hidup bersama saya. Sayang Mi Char :) Doakan kucing kesayangan saya sihat selalu...


BBM3410/18 : Jalan-Jalan Genting Highland!


Hai semuaaa. Hari ini saya nak cerita tentang aktiviti saya pada minggu lepas. Sabtu yang lalu, saya dan rakan telah bercadang untuk ke Genting Highland. 


Macam mana boleh timbul idea nak ke Genting Highland sedangkan tempatnya agak jauh dari Serdang dan membazir sahaja pergi jauh-jauh. Oh tidakkkkk. Tak membazir pun sebab bajet untuk ke Genting Highland tak lah mahal sangat. Lagipun kami gunakan kenderaan awam sahaja, memang jimat! Asyik pergi IOI City Mall, The Mines dan Mid Valley sahaja, bosan juga kan? Nak juga teroka apa yang ada di Malaysia ni hehe. Nak tahu tak macam mana kami pergi ke Genting Highland dengan jimat? Cukup 100 ‘likes’ saya cerita (Acah-acah budak Twitter). Gurauuu sajaa. Sebenarnya tips ini hanya untuk orang yang ingin pergi dan balik hari sahaja. Kalau tidur sana memanglah mahal sebab harga hotelnya MashaAllah!

Saya kongsikan yaaaa. Okay, saya dan rakan telah bergerak seawal jam 8 pagi dari kolej untuk ke KTM Serdang. Kena awal yaa sebab rugi je nanti kalau sampai lambat, masa di sana pun tak banyak lahh. Kami naik grab untuk ke KTM Serdang dengan harga RM10. Kalau pelajarlah nak jimat, naiklah bas ke fakulti dan tunggu di hentian bas. Nanti boleh naik bas percuma yang warna kuning tu ke KTM. Bertambah jimat! Tapi kami ni jenis malas menunggu, jadi kami pun naiklah Grab.

Kereta Grab

Sampai KTM, kami tambah nilai RM5 untuk ke TBS. Tak pasti berapa harga untuk ke TBS tapi yang pasti kurang dari RM 2.50. 

Kereta Api Tanah Melayu (KTM)
Dah sampai TBS, kami cari tiket ke Awana Terminal Bus Genting Highland. Mujur ada tiket jam 10 pagi. Tak adalah kami buang masa nanti. Harga tiket untuk ke sana adalah RM10.40! 40 sen tu untuk insurans. Kalau tidak harganya Cuma RM10 sahaja hehehe. Kami bertolak dari TBS jam 10 pagi dan terus ke Terminal bas Awana Genting Highland. Tak sesak pun jalan raya waktu tu dan kami sampai jam 11 pagi. Sekejap je bukan?

Aerobus yang kami naiki ke Genting Highland



Sampai sana kami terus beli tiket pulang. Sebab takut habis nanti! Matilah nak tidur situ keeeeee? Memang taklah kan! Lepas tu, kami dapat tiket pulang jam 6 petang. Harga tiket pulang pun RM10. Jimat jimat…. Oh lupa pula, Terminal Awana ni Cuma di bawah sahaja. Belum sampai ke atas lagi. Nak ke atas sana perlu naik gondola. Jadi kami pun beli tiket naik gondola. Untuk pergi balik gondola, harga tiket RM7 sahaja. Maknanya pergi balik RM14. Mujur tak mahal. 

Tiket gondola. Mujur ada mesin layan diri. Tak perlu beratur panjang dan jimat masa!

Kalau nak mewah sikit naiklah gondola kaca, RM35 rasanya. Tapi seramlah sebab boleh nampak bawah melalui gelas kaca. Err gerun. Naik yang gondola biasa pun dah luruh jantung! Jadi kami pun teruslah beratur untuk naik gondola. Mujur tak ramai lagi masa tuu. Sempat lah merakam video untuk kenang kenangan! Seronoknyaaa bila ingat balik. Tapi kena ingat tau, taman tema kat situ tak siap lagi. Yang ada Cuma pusat beli belah sahaja. Boleh lah kalau nak cuci mata. Kata orang di situ, taman tema mungkin siap dalam tahun 2020. Lama lagiiii… beranak pinak lah tunggu. Cuacanya taklah sejuk sangat. Bolehlahh macam kena pendingin hawa. Dingin sajaaa tapi menyamankan. 


Naik gondolaaaa. Takuttt
Muka teruja sampai Genting Highland


Dekat jam 2 kami turun semula sebab dah puas berjalan. Naik gondola untuk turun. Mujur dah beli tiket awal-awal. Nak turun ni ramai pula orang!! Di pertengahan laluan dari atas Genting Highland ke Awana Skyway, ada satu perhentian yang boleh dilawati iaitu sebuah tokong. Bolehlah untuk ambil gambar, orang yang beragama Buddha pun boleh buat upacara di situ. Kami ni cuma datang melawat dan ambil gambar sahaja. Ramai sangat orang! Sempatlah kami ambil beberapa gambar kenangan.

Ni je gambar yang ada. Jadi tukang ambil gambar je sepanjang masa.



Sesudah tu kami teruskan perjalanan untuk turun. Kami guna tiket yang sama untuk naik gondola. Kemudian kami sambung lagi jalan-jalan di Genting Highland Premium Outlet. Tak beli pun, tengok je sebab semuanya berjenama. Menangis tengah jalan! Yang paling murah pun kedai ‘Typo’ yang ada kat IOI juga tuu hahahhahaha. Victoria Secret pun ada buat jualan murah masa tu tapi yang beraturnya ramai sangat. Memang taklah nak beratur panjang semata-mata untuk secebis minyak wangi. Kirim salam sahaja lah! Surau dekat situ pun ada tau, mudahlah untuk muslim. Selesa, besar dan bersih. Syukur! Dapat beli belah dengan tenang~

Ni je yang mampu... Ilao Ilao RM19



Nak dekat jam 6, kami kembali ke terminal bas tadi untuk naik bas pulang. Huh, mujur dah beli tiket awal! Penuh sangat bas! Masa pergi tak ramai pun T_T Tapi waktu balik mengambil masa yang agak lama sebab laluan sesak. Kami bertolak pulang jam 6 dan sampai semula di TBS jam 8 malam. Lama juga kan? Sempatlah kami solat maghrib hehehe. Dan kemudian kami naik KTM untuk ke Serdang dan mengambil Grab untuk pulang ke kolej. Seronoknya! 


Gambar dekat luar. Dingin!
Walaupun ceritanya ringkas, tapi kenangan yang sangat berharga. Jadi apa hasil tangkapan? Hanya sekeping ‘casing’ telefon yang berharga RM20. Itu yang paling murah dekat situ. Bajet untuk seorang hanyalah RM44.40 tetapi tak termasuk makan. Bolehlahhhh jimat juga. Kawan kawan yang nak berjalan tu pergilah ke Genting Highland. Asyik pergi Alamanda dengan IOI je kan bosan. Pergi jauh sikit baru seronok. Lagi seronok kalau pergi bersama yang tersayanggg opss! Okay sekian sahaja. Terima kasih baca entri merapuu kehkehkeh….


BBM3410/18 : Singkatnya masa tugasan kali ni!! T_T

Assalamualaikum dan hai semuaaaa! Baiklah apa pula cerita untuk minggu ini. Minggu ni seperti biasa hari Isnin ada kelas Multimedia dalam Bahasa bersama Prof. Debaran setiap kali masuk kelas akan terasa sebab tugasan akan diberikan masa kuliah berlangsung. Saya cuba untuk meneka bentuk tugasan apa pula kali ni, sama ada tugasan fotografi atau video pula kali ni. Okay salah satu tekaan saya betul iaitu fotografi! Kesinambungan daripada tugasan sebelum ini, kami dikehendaki untuk mengambil gambar ‘flat lay’. Apa itu flat lay? Susah untuk terangkan, tapi kalau tengok gambar mesti semua orang akan tahu. Nak tengok contohnya? Lihat di bawah..

Ini contoh flat lay dari Cik Google yaaa. Cantiklahh kann

Pada awal kuliah, Prof menceritakan tentang apa itu flat lay dan bagaimana untuk mengambil gambar secara flat lay. Kamera mesti terletak betul-betul di atas objek supaya gambarnya cantik. Bukan flat lay je tau, ada juga half flat lay, quarter flat lay dan zero flat lay. Untuk gambar half flat lay, kamera mesti menyenget 45 darjah manakala quarter flat lay pula perlu separuh daripada half flat lay. Haaaa kiralah sendiri berapa xD kemudian untuk zero flat lay, kamera mesti berada betul-betul di atas lantai yaa. Bukan mudah tau nak hasilkan. Mujurlah ada 10 ahli, bolehlah bahagi tugas.

Mula-mula sebelum prof beritahu tarikh akhir untuk hantar tugasan ni, saya dah fikir nak buat di bilik. Saya dan rakan dah fikir dah objek apa yang kami nak guna seperti alat solek, alat elektronik, kasut dan sebagainya. Siap dah sediakan lagi nak guna latar apa untuk lapikkan produk yang kami gunakan. Sekali Prof cakap perlu disiapkan hari itu juga sebelum jam 12.30 tengah hari. Perlu muat naik dalam Instagram tahu!! Punah harapan, idea pun makin menghilang. Matilah nak guna produk apa untuk letak dalam gambar flat lay nanti. Waktu tu pun dah jam 11 pagi. Lagi satu jam setengah! Aduhhh, yang ada sekarang ni alat tulis dan buku sahajalah. Macam mana ni? Nak tercirit rasa ni berdebar sangat tengok jam di dinding terus berdetakk arrrrr. Nak balik kolej ambil barang memang buang masa. Jadi, ku teruskan juga membuat tugasan ini bersama rakan yang lain. Kami sekumpulan pun apa lagi, selongkarlah beg masing-masing tengok apa yang ada. Semua benda yang ada kami gunakan sebagai produk flat lay. Lantakkkkk….

Lepas tu, prof kata cuba buat dulu dalam bilik kuliah. Kami pun ambillah tempat kat belakang sekali. Lagi sekali punah harapan, lantai bercalar balar, pencahayaan kurang baik. Tak apa, yang penting sekarang ni kemahiran ambil gambar. Produk bagus, latar cantik tapi kemahiran hancus pun tak boleh juga kannn. Jadi kami pun bertungkus lumus menghasilkan sebuah gambar flat lay yang pertama. Tadaaaaaaa inilah hasilnya….

Flat Lay Barangan Elektronik. Kamera berada di atas objek. Kamera jangan senget tau! Nanti tak menjadi...

Kami perlu ambil lima gambar untuk flat lay. Kemudian kami sambung untuk gambar half flat lay, quarter flat lay, zero flat lay. Lihatlah hasilnya daripada sekumpulan Panglima Awang.


Half Flat Lay Telefon Bimbit. Kamera menyenget 45 darjah. Setelah sepuluh kali ambil inilah hasilnya.....

Quarter Flat Lay Kasut. Yang ini susah juga sebab separuh darjah daripada half flat lay. Macam mana tu? 45 darjah bahagi lagi dua. Jadi dapatlah sudut ini...

Zero Flat Lay Bunga. Kamera mesti berada di atas lantai. Bukan mudah ya anak anak...


Jadi bagaimanakah kumpulan Panglima Awang menghasilkan sebuah flat lay?


Salah seorang ahli kami sedang menyusun produk. Mujur kreatif hehehehe

Lihatlah si ganteng ini bertungkus lumus ambil gambar flat lay dari pelbagai sudut

Haaa buat apa tu banggg hehehe abang sado kita menghasilkan flat lay. Macam ni nampak biasa sahaja kan? Dalam gambar macam berlatarkan pasir. Cantik!

Ramainyaaa penonton... bukan sekadar penonton yaaa, mereka ni semua nak halang cahaya sebab nampak bayang dalam gambar. Prof kata tak boleh! T_T


Jadi itulah sahaja cerita tugasan minggu ni. Memang berdebau bak kata orang Melaka. Apa pula tugasan untuk minggu depan ya? Saya jangkakan mungkin ada pembentangan pula. Takkan lah tugasan ni cuma perlu ambil gambar je kan. Takpelah, kita tunggu saja ya. Okay terima kasih sebab sudi singgah ke coretan kali ini :)