Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18 : Facebook Mula Beraksi

Hai semuaaaa! Untuk minggu 12 ni kami sekelas terpaksa buat pos mengenai subjek multimedia. Okay kali ni bukan di twitter, tapi di Facebook! Masa memula prof cakap kena guna facebook untuk pos semua ni, memang risau lah. Mana taknya, keluarga, kawan, sedara mara semua ada kat facebook. Risau pulak di kecam 😂

Namun ku tetap gagahi. Tapi posnya prof suruh letak gamba kita bersama prof.


Ni lah pos pertama 😍

Ni lah selfie bersama prof hehehe

Okay. Bawah ni pulak pos kedua. Sebab takde lagi gamba berdua dengan prof, jadi ku terpaksa pos gambar berkumpulan 😭😭😭

Pos kedua
Gambar ahli kumpulan bersama prof 
Okay ini sahaja pos saya. Yang penting semua media sosial sudah digunakan oleh pelajar multimedia :D hehehehe


Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Hai rakan-rakan semua. Pada minggu yang lalu, kami telah diarahkan untuk menghasilkan video tanpa wajah. Prof telah menunjukkan video one shot yang lalu.

Perkara penting dalam proses menghasilkan video tanpa wajah:

1. Mempunyai jalan cerita
Sebagai contoh, kumpulan kami telah membuat cerita tentang pengemis yang meminta sedekah dan kehidupannya, tetapi akhirnya ditikam oleh peragut kerana cuba menyelamatkan orang kaya yang telah menghalaunya ketika dia meminta sedekah.

2. Video tersebut memfokuskan kepada suatu barang
Sebagai contoh, fokus kepada barang kemas, beg, kotak. Kumpulan kami telah memfokuskan kepada badan pengemis dan kotak supaya penonton memahami cerita yang kami ingin sampaikan

3. Wajah tidak boleh dirakam dan masuk dalam video
Tidak boleh nampak wajah langsung untuk melihat sejauh mana penyampaian jalan cerita yang berkesan. Oleh itu, kumpulan kami telah merakam hanya bahagian badan sahaja.

4. Memilih lagu Melayu
Lagu yang dipilih perlu Melayu dan tidak boleh ada percampuran Inggeris kerana subjek ini memberi pengkhususan kepada bahasa Melayu. Kami memilih lagu Opick - Bila Waktu Telah Berakhir


BBM3410/18 : Video One Shot

Assalamualikum semuaa! Pada beberapa minggu yang lepas, kami telah diarahkan untuk menghasilkan beberapa buah video one shot yang berasaskan lagu-lagu Melayu.

Antara video one shot yang telah kumpulan kami hasilkan adalah seperti:

1. One shot
Hanya terdapat satu lapisan sahaja.

Kumpulan Panglima Awang telah memilih lagu Hajat oleh Hael Husaini sebagai lagu. Hanya terdapat seorang ahli daripada kumpulan kami yang akan menyanyi (mimik mulut) dan ahli lain pula menari. Kami telah melakukan video tersebut di Kotak Hitam yang terletak di FBMK. Kami telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dari segi tarian, penceritaan supaya semuanya berhasil. Akhirnya kumpulan kami mendapat pujian dan antara dua kumpulan yang terbaik :)

2. One shot two layer
Terdapat dua lapis dalam video iaitu seorang menyanyi dan lapisan kedua ialah orang yang melakukan aktiviti lain seperti berlakon, menari dan sebagainya.

Kumpulan kami memilih lagu joget lambak oleh Adam. Kami juga telah berlatih dengan baik supaya semuanya berjalan dengan lancar. Semua lelaki dalam kumpulan kami perlu menyanyi dan yang lain pula menari dan terdapat sedikit lakonan. Konsep video ini ialah orang tua yang tidak pandai menari dan akhirnya ikut menari sama macam orang muda.

Kami membuat video ini di hadapan muzium warisan.

3. One shot three layer
Terdapat tiga lapis yang melibatkan orang yang menyanyi, orang yang berlakon, orang lalu lalang (secara tidak sengaja) atau pokok yang bergoyang

Lagu Terima Kasih oleh Iamneeta telah kami pilih sebagai lagu utama. Kami membuat konsep santai seperti berkelah. Semua ahli perlu menyanyi. Dalam video tersebut, kami melakonkan seperti kami sedang berkelah bersama rakan-rakan.

Lokasi yang telah kami pilih bertempat di Bukit Ekspo.


Selesai sudah video one shot. Tetapi ada video baru yang akan mendatang. Nantikannyaaa..........



BBM3410/18 : Papan Cerita

Hai semua! Pada hari ini saya cerita tentang proses penghasilan papan cerita yang kami sekumpulan telah buat. Papan cerita yang dimaksudkan ialah e-majalah.

Sedikit info tentang E-majalah:
E-majalah merupakan majalah elektronik

Jadi apakah sebab Prof menyuruh kami menghasilkan E-majalah?
E-majalah dihasilkan untuk menambahkan pengetahuan kami sebagai pelajar multimedia. Kalau belajar multimedia tanpa praktikal, tak guna juga bukan? Jadi prof memberi kami pendedahan kepada e-majalah supaya bila tamat pengajian nanti kami juga boleh menceburkan diri dalam bidang yang melibatkan pembikinan majalah dan sebagainya.

Perkara penting dalam pembikinan E-majalah:

-Menggunakan kertas A4 dan pensel
Segala tulisan dan lukisan perlu kami buat dengan menggunakan pensel. Runsing saya sebab saya taklah kreatif sangat. Tapi dengan adanya 10 orang ahli kumpulan, tiada yang mustahil untuk dilakukan.

-Semua perlu mengambil bahagian
Kata prof, setiap orang perlu ambil bahagian. Maknanya, lima helai kertas ada 10 halaman. Jadi setiap orang perlu mengambil satu halaman untuk lukis dan tulis. Kami perlu memilih satu produk untuk dimasukkan dalam majalah dan produk tu tak boleh sama dengan orang lain!

-Pilih satu produk
Kumpulan Panglima Awang telah mengambil keputusan untuk memilih produk pakaian sebagai barang yang ingin dimasukkan dalam majalah. Sebab kami memilih pakaian sebagai produk kami adalah kerana pakaian ada pelbagai jenis iaitu untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kami telah mengatur pakaian seperti di bawah:

Lelaki:
-formal
Pakaian untuk ke majlis formal, pejabat, temu duga.

-kasual
Pakaian santai seperti pergi berjalan-jalan

-sukan
Pakaian untuk bersukan seperti jersi


Wanita:
-formal
Pakaian untuk majlis formal, ke tempat kerja, temu duga

-kasual
Pakaian santai

-fesyen
Pakaian untuk ke pusat beli belah


Kanak-kanak:
-pelbagai
Pakaian kanak-kanak merangkumi pakaian untuk berjalan, bersantai, majlis dan sebagainya.

Kami telah membahagikan kerja tersebut. Pembahagian kerja adalah seperti:

1. Muka hadapan - Ummu
Perlu ada gambar dan penerangan, nama kumpulan

2. Sidang pengarang -Fatin
Senarai nama ahli

3. Lelaki formal - Rao
Gambar baju seperti baju blazer, kemeja

4. Lelaki kasual - Goh
Baju santai seperti t-shirt

5. Lelaki sukan - How
Baju sukan seperti jersi

6. Wanita formal - Safwan
Baju formal seperti kemeja dan baju kurung

7. Wanita kasual - Adel
Baju yang santai seperti blous.

8. Wanita fesyen - Fez
Baju fesyen seperti gaun

9. Kanak-kanak - Teha
Baju kanak-kanak seperti gaun

10. Muka belakang - Fatin
Majalah untuk edisi akan datang

Jadi semua orang mendapat tugas masing-masing. Setiap halaman tu perlu dimasukkan 'quote' daripada buku 200 Quotes. Kami sempat menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan iaitu pada hari Rabu.

BBM3410/18 : Asas Grafik

Assalamualaikum semuaaaa! Saya nak cerita sikit tentang aktiviti pembelajaran yang berkenaan dengan asas grafik :) Pelajar kursus multimedia dalam bahasa telah belajar asas grafik pada minggu 2. Kiranya macam asas grafik ini merupakan topik awal yang telah dipelajari.

Pada awal kuliah, pensyarah kami iaitu Prof. Dr Normaliza telah berpesan kepada kami untuk menyediakan bahan-bahan seperti

1. mounting board
sebagai asas untuk menampal asas grafik

2. gunting
untuk memotong gambar-gambar dari majalah

3. gam UHU
digunakan bagi melekatkan gambar

4. pisau
memudahkan untuk memotong gambar yang sukar untuk digunting

5. riben
digunakan sebagai penggabung kesemua mounting board

6. majalah terpakai
digunakan untuk mencari gambar yang mempunyai asas grafik

7. penebuk lubang
untuk menebuk mounting board setelah ass grafik ditampal.

Bahan-bahan itu akan digunakan pada minggu hadapan untuk aktiviti membuat asas grafik.
Minggu seterusnya, kami sekumpulan membawa bahan yang telah disuruh oleh Prof. Prof telah memberi penerangan serba sedikit mengenai asas grafik. Penerangan yang ringkas tetapi mudah difahami. Antara asas grafik yang telah diterangkan oleh Prof adalah seperti

1. mudah
Mudah maksudnya jelas difahami, dan mudah untuk ditafsirkan. Sebagai contoh:

2. keseimbangan
seimbang dari segi kedudukan

3. kesesuaian
sesuatu objek difokus bersesuaian dengan tempatnya

4. warna
meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan kontras yang baik

5. teks
mengandungi teks seperti penerangan tentang gambar

Untuk membuat suatu asas grafik menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan, prof telah memesan kepada kami supaya kami membuatnya dengan teliti. Prof tak mahu ada gelembung-gelembung masa tampal gambar di mounting board. Memang mencabar! Mujurlah ada rakan sekumpulan dan kreatif dan banyak membantu.

Kami perlu menyiapkan asas grafik ini sebelum jam 2 petang. Menggelabah semuaa buat. Kelam kabut juga pada awalnya tapi mujur sempat siap. Namun, kumpulan Panglima Awang berjaya menghasilkannya. Walaupun sangat kelam kabut, tapi kami seronok membuatnya kerana kami melakukan secara bersama.

Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18 : Twitter Tempatku Menghiburkan Diri

Hai! Hari ni saya nak beritahu tentang media sosial Twitter yang semakin banyak pengguna sehingga ke hari ini. Twitter ni sebenarnya berbeza daripada Facebook dan Instagram kerana kita boleh buat pos atau 'tweet' banyak banyak tanpa risau akan mengganggu orang lain ahahahaha!

Kalau kita pos banyak banyak di Facebook, mungkin orang akan kata kita ni 'meroyan' hahaha ni pendapat saya lah. Kalau pos di Instagram pula orang kata asyik muka kita je yang keluar.

Jadi saya pun mengambil keputusan untuk menjadikan Twitter sebagai tempat untuk meluahkan pendapat, tempat untuk melihat bahan yang lawak dan tempat untuk saya tengok apa yang tengah tular sekarang ni (sebab musim viral kan :P)



Tweet Pertama~~

Yang ni pula Prof suruh 'retweet' kawan punya

Tweet lagii dan balas tweet kawan :)
                 
Tweet berterima kasih pada prof T_T

Gambar tu buat runsing je. Jadi gotong royong dalam Inggeris apa?

Retweet kawan~ Cara selfie sampai terjerat kaki!

Banyak lagi yang saya pos kat twitter. Tapi tak muat nak masuk semua hehehe. Kalau nak kena follow lah @AlyaAmran

Hehehehehe~

BBM3410/18 : Hari Yang Menggembirakan, 'Hajat' Dapat Pujian Daripada Prof!

Hai semuaa. Hari ni saya nak kongsi kegembiraan yang kami kumpulan Panglima Awang dapat rasakan. Video hajat yang kami lakonkan (menari maksudku) mendapat pujian! Itu bahagian positif.
Bahagian negatifnya, video tak berapa nak nampak dekat LCD. Aiyooo! Punca betul! Padahal kalau tengok dalam telefon terang jeee gambarnya. Hmm..

Takpe yang penting Prof suka! Syukur. Berlatih bersungguh sungguh.. pulangan pun lumayan. Harap untuk video one shot two layer pun diterima dan dipuji. Aminnnn..

Sedikit perkongsian video hajat! 

Kalau nak tengok boleh pergi ke youtube! :D Taiplah Hajat Panglima Awang. Nanti keluarlah videonyaaa.


Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18 : Proses Membuat Kalendar 'Photoshop' Sebagai Tugasan 'Online'

Hai semuaa. Disebabkan kelas amali Multimedia dalam Bahasa pada hari ni ditunda, saya nak tunjukkan proses-proses membuat kalendar menggunakan aplikasi 'adobe photoshop'. Ini merupakan sebahagian daripada tugas saya sebagai pelajar yang mengikuti kelas Multimedia dalam Bahasa.

Lagipun, Prof minta kami semua untuk membuat video proses menghasilkan kalendar. Harapnya menepati dengan apa yang Prof mahukan. Hehehehe

Memandangkan saya sudah siap membuat kalendar sehingga bulan Ogos, saya akan teruskan dengan membuat kalendar bulan September pulaa.

Jadi saksikan video saya :) (Abaikan muka yang tidak bermaya)


Inilah hasilnya setelah diedit

Tulisan tu sebenarnya nampak biasa je pada mulanya, tapi saya dah edit dengan mengaplikasikan 'blending option' dan juga 'stroke'. Sebab tu nampak berbeza sikit. Barulah lain daripada yang lain hehe.

Selesai ni, saya akan teruskan membuat kalendar bulan Oktober, November dan Disember pula. 

Itu sahaja daripada saya hari ni.

Sekian terima kasih :)

Sunday, November 11, 2018

BBM3410/18 : Siapa rindu Salad Buah?! :D

Hai semuaaaaa. Hari ni nak cerita sikit tentang bisnes yang saya dan rakan pernah buat suatu ketika dahulu :) Kami pernah buat bisnes menjual salad buah di kolej serumpun. Huhu demi menyara hidup yang tak seberapa :D


Ramai bagi review kata sedap. Hah zaman kegemilangan salad buah. Antara buah yang pernah kami masukkan adalah seperti buah epal, anggur, epal hijau, tembikai, mangga dan sebagainya. Nak buat pun tidak rumit tapi memang perlukan komitmen. Walaupun hasil dapatannya tak seberapa, tapi kami bersyukur sebab dapat pengalaman menjual makanan seperti ini dan jarang dibuat orang.

Pernah juga kami bermodalkan RM30 dan pulangan yang kami dapat mencecah RM100++. Memang seronok kerana kami masih pelajar dan berpeluang untuk berniaga seperti ini walaupun hanya kecil kecilan.

Dalam sehari, kami jual sekitar 30 bungkus. Laku keras!

Rasanya manis dan berlemak, tapi enak dan menyegarkan!

Tapi jualan ini adalah pada tahun 2016. Sekarang ni kami fokus belajar sahaja sebab kesuntukan masa. Kepada sesiapa yang rindukan salad buah kami, nantikanlah beberapa tahun akan datang hahahahahaha

kalau kami bermodal lebih nanti kami gunakan jenama sendiri untuk menghasilkan salad buah yang bermutu. Doakan yaaaaa! (Berangan jeee)

Sekian sahaja. Terima kasihh!

BBM3410/18 :Oh PITA, Bolehkah Kamu Siap Dengan Sendiri T_T

Hai... Semua sibuk membuat PITA ke? Dah buat sampai mana? Senang tak nak analisis data?

Aiyooo inilah yang bermain di minda sekarang. Risaunya bukan kepalang. Rajinnya pun tidak. Kerja yang berlambak tapi masih tenang bermain telefon sambil baring.

Haaa sekarang minggu 8 dah. Kalau takde perasaan risau tu tak tahu lah nak kata apa. Sekarang ni saya pun tengah bertungkus lumus siapkan PITA. Kerja lain terpaksa tinggalkan dulu.

Tambah serabut bila fikir apa yang nak dibuat lepas habis belajar ni. Sambung master atau nak kerja? :(

Disebabkan kerisauan ni jugalah diri ini tak terjebak dengan 'Sale 11.11'. Jimat duit. Haahhahahaha


Sekian sahaja luahan hati yang tidak berkesudahan.... Hehehe

BBM3410/18 : Prof Komen Instagram Buat Kali Pertama!!

Assalamualaikum rakan-rakan positif (acah acah berkaliber). Minggu ni nak cerita sikit tentang tugasan tergempar pada hari Isnin lalu. Ya pada mulanya memang Prof kata tiada kelas sebab kami semua berjaya pos gambar tangan tanda 'OK' di instagram. Tambah Prof lagi, kami perlu buat tugasan atas talian. Dalam fikiran saya mungkin tugasan ni diberi dalam Putrablast.

Nak dijadikan cerita, hari Isnin yang dikatakan tiada kelas pun tiba. Apa lagi, kalau dah kata tiada kelas, bererti bolehlah bangun lewat sikit sebab selalunya kelas jam 10, pukul 9 tu memang dah siap mandi dan bersedia untuk naik bas ke kelas. Jadi target saya nak bangun jam 10, nak tengok Putrablast. Kot kot lah ada tugasan kan.

Tetibaaaaaaa..... salah seorang pelajar BLM maklum dalam group whatsapp kata Prof suruh tengok beliau di TV Al-Hijrah. Maklum jam 8, saya bangun jam 9.50 hahahah kau rasa? Tak ke menggelupur bangun nak tengok Prof bersiaran langsung. Memang tak sempatlah sebab katanya Prof bersiaran jam 8.15 pagi.


Terkejut den. Terlambat!


Mujur ada rakan baik hati kata boleh tengok melalui youtube. Maksudnya boleh ulang semula. Leganya. Jadi saya terus ke youtube. Dapatlah saya tengok Prof. 

Waduhhhh Prof nampak berseri tau. Tak sangka tu Prof yang mengajar multimedia dalam bahasa. Saya tengok betul-betul apa yang Prof bincangkan. Sumpah bermanfaat. Dua kali juga saya tengok sebab nak betul-betul hadam apa yang Prof perkatakan. Saya bersetuju dengan setiap apa yang Prof bincangkan. Lebih setuju bila Prof kata banyak istilah baharu yang tercipta pada masa sekarang ni dan kebanyakannya dapat dilihat melalui Twitter.

Dah tengok perbincangan tu, kami perlu pos gambar prof dalam Tv Al-Hijrah tu ke Instagram. 

Inilah buktinya. Hashtag win!

Tengok orang lain punya pos, prof ada like dan komen, sedihnyaaaaaaa! Dah putus harapan sebab selalu berharap Prof komen pos instagram saya. Tapi..... macam punah dah harapan tu.

Tiba-tiba petang tu, tengok instagram sendiri rupanya prof ada komen dan like!! Yahoooo gembiranya. Kan saya dah kata, komen dan like daripada prof umpama Kai EXO (Kumpulan KPOP) yang komen. Terujaaaa weh!

Prof komen! Yeayyyy

Tapi memang betul pun apa yang saya tuliskan tu. Prof memang lebih cantik depan depan. Nampak mudaaa daripada usia. Huhu tu yang nak mohon tips cantik!

Ni like daripada Prof. Mekasihhh Prof!!
Jadi lena lah tidurku pada malam itu :)


Sekian sahaja.

Terima kasih baca :)

Saturday, November 3, 2018

BBM3410/18 : Tugasan Multimedia Menghantui Diriku Yang Redha~

Haiii~~ Hari ni nak cerita sikit tentang tugasan Multimedia dalam Bahasa yang perlu dibuat baru-baru ni.

Masa dekat Cameron Highlands haritu, sedang syok melawa dan bersiap untuk ke Bharat Tea Valley, tetiba dapat ws daripada ketua kelas tercinta.

Bunyinya seperti ini. Terus khuatir!
Baca je ws tu, saya terus meluru ke balkoni hotel untuk ambil gambar tangan tanda OK. Dah ambil lepastu macam tak berseni pula tengok. Jadi saya pun bercadang nak ambil gambar tangan OK dekat Bharat Tea Valley.

Inilahhh dia. Walaupun tanganku tak cantik dek kerana banyak luka cakaran kucing, tapi takpe.
Demi Prof tercinta sanggupku gagahi!
Orang keliling menengok je saya buat gini. Apa yang OK dia pun tak faham agaknya. Ini antara hidup dan mati! Hahahahahaha ye dokk. Demi penggantian kuliah secara online pada hari Isnin depan.

Inilah bukti bahawa gambar ini telah dipos di Instagram. Tengok Hashtag berkenaan.
#SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline
Jam 8 malam. Prof terus cek setiap satu pos pelajar. Yang Prof 'like' tu maksudnya pos telah diterima. Hehehe

Dan telah di-'like' oleh Prof tercinta :)
Tetiba kat atas tu ada komen 'old money' bagai. Terus block!
Prof maklumkan keputusan sama ada kuliah online atau kelas seperti biasa di blog beliau.

Dan jawapannyaaa..................

Buat suspen je Prof ni. Ni yang sayang lebih!

Cuak mula-mula. Macam gaya buka SMP nak tengok keputusan ujian. Baca mula-mula dah sebak dah sebab kata kuliah seperti biasa. Rupanya scroll bawah lagi Prof kata dia tipu hahahahaha bersyukurnya.

Prof ni bukan hanya pandai bergurau, tapi tersangat pandai bergurau hahahahahahahaa. Terima kasih Prof sebab luluskan cuti kami budak BLM.

Oh lupa nak beritahu. Cuti pertengahan semester ni Prof minta pelajar untuk pos 10 gambar yang berhashtag #BBM3410 #200Quotes #ProfDrN #Minggu8 #KampungKu dan hashtag kelakar.

Jadi nak cakap kat sini. Aku telah pun pos kesemua gambar! Yeayy! Memandangkan hari ni dah pun hari Sabtu. Jadi memang wajarlah kalau dah pos 10 gambar sebab sehari dua kali pos hehehe. Saya mengikut arahan tau Prof!

Bukti yang dah ditanda dengan warna pink tuuuu~

Inilah dia. Cukup sepuluh. Semoga Prof like semua gambar saya T_T. Like dari Prof ni umpama macam saya dapat like daripada ahli kumpulan EXO (kumpulan KPOP). Besarnya harapan saya ni hehehehe.

Okay itu sahaja tentang tugasan. Harapnya Prof saya baca entri ni dan like gambar saya di instagram hahahahah. Semoga Prof dirahmatii selaluuuu <3

Yang lain kalau nak like juga boleh pergi ke instagram @fatin.amrannn hehehe sangat dialukan. Jangan tinggalkan komen negatif. Block terus. Kbyeee

Sekiann. Terima kasih singgah :D

BBM3410/18 : Cuti-cuti Cameron Highlands!

Haluuuu dan hai semuaaaaa~ minggu ni ialah pertengahan semester untuk pelajar bacelor UPM. Cuti yang dinantikan oleh semua pelajar. Sebab masa ni lah dapat bersama dengan keluarga :) tapi ada juga pelajar yang tak pulang ke kampung.

Macam saya pula, saya pulang ke rumah di Melaka negeri tercinta. Tapi yang istimewanya, mak dengan ayah saya bermurah hati untuk bawa saya dan adik beradik yang lain bercuti! Teruja gilaaa. Jadi ke manakah kami? Cameron Highlands Pahang~

Memang sangat tak sabar pada mulanya sebab seingat saya, saya pernah pergi sekali je, tu pon masa darjah 6. Dahlah pergi sehari je. Eeee masa tu geram malam dan sampai waktu Subuh. Tak mandi pula tu. Sampai sekarang saya fikir kenapa lah saya dengan kawan yang lain tak mandi masa pergi Cameron Highlands tahun 2008.

Kami sekeluarga pergi sana hari Isnin.

Bergambar teruja depan rumah sebelum bertolak.

Bertolak jam 10 pagi. Jauh juga dari Melaka ke Cameron Highlands. Lebih kurang 6 ke 7 jam juga. Sakit belakang~

Papan tanda ke Cameron Highlands!
Yang ni ikut jalan Tapah. Aduh taubat taknak lalu situ lagi. Jalan dia macam ular melingkau atas pagau dan bahaya. Pening! Siapa tak kuat semangat mungkin akan muntah.

Syukur selamat sampai pada jam 5 petang. Saya sekeluarga bermalam di Nova Hotel Cameron Highlands. Sangat selesa. Ada dua bilik. Hehehee

Lebih kurang macam ni biliknya. Ni gambar dari En. Google.
Gembiranya hati ini. Cuaca pun nyaman je. Tak hujan.

Sempat mengambil gambar di balkoni. Asal macam tembam dalam gambar :(
Rehat-rehat lepastu malamnya cari makan pula. Kami makan dekat Restoran Taman Apple Steamboat. Sedap sangat bila makan panas-panas masa cuaca sejuk.

Restoran ni pun cantik. Boleh lah kalau nak bergambar sekali.
Steamboat ala ala Seoul Garden. Harga untuk dewasa lebih kurang RM40+ tapiii, kalau umur lebih 50 tahun dapat diskaun jadi RM30+ hehehehe. Mak dengan ayah dapatlah diskaun :D

Steamboat yang sedap. Masa ni lah nak tunjuk skil memasak. Kahkah!
Kekenyangan gila makan ni. Lalu balik bilik terus terbongkang.

Keesokannya, kami bercadang untuk ke Bharat Tea Valley, Cameron Lavender dengan Pasar Kea Farm. Saya ikut sajaaaaa.

Indahnya pemandangan. Kalau ada kat belakang rumah kan bagus :P
Sempatlah aku acah menikmati padahal tengah sesak kat situ orang nak ambil gambar! 
Nak masuk Bharat Tea ni bukan free. Kena bayar RM2. Okay lah hahahaha walaupun tak boleh nak berjalan jauh sangat.

Lepastu, kami terus ke Lavender Cameron pula. Dekat sini kalau nak masuk bayar RM10. Mahal sikit tapi puas. Banyak tempat boleh cuci mata

Di tengah pokok bunga.
Kepada yang tanya skirt tu beli online ig Coverly. Kbyee
Acah gambar potret. Mekasih Tina G iaitu adik daku sebab ambil gambar kakak cantik ini.
Gambar tipu. Aku gelap sebenarnya T_T

Apesal nampak senget? Budak ni ambil gambar tak betul!
(Salahkan orang yang ambil gambar pulak) hahahaha

Bunga-bunga matahari~~ 
Yang ni bahagian atas Lavender Cameron. Banyak bungaaa. Sis teruja nak bergambar!!


Pohon beringin, daunnya rendang~~~
Ada buaian pula dekat sini. Apa lagi, serang~~~~~

Sesudah tu, pergi Pasar Kea Farm pula. Adui lupa nak ambil gambar. Tapi kat situ macam-macam jenis sayuran ada. Mak saya beli tomato, salad, ubi dan arghh macam macam lah. Strawberi semua lahh. Hahahahaha

Ni berdekatan Pasar Kea Farm. Tetiba hujan turun. Terpaksa tunggu sini sekejap.
Masa tengah beli belah, tetiba hujan lebat membasahi bumi. Patutlah sejuk semacam. Mujur sekejap je hujan. Dekat pasar ni ada jual brokoli goreng. Oh brokoli kesukaankuuuu~ Menyesal beli satu jeeeeeeee T_________________T

Keesokan harinya, hari terakhir kami di Cameron Highlands. Sebelum pulang, kami singgah di Big Strawberry Farm. Kononnya nak petik strawberi. Pergi ke Big Strawberry Farm nak memetik buah strawberi, buah strawberi habisssssss! Kahkah. Orang kat situ terpaksa tutup tempat untuk petik strawberi sebab buah dah berkurang katanya. Sedihnyaaaaa. Padahal motif utama ke sini nak petik strawberi. Benci!

Kesedihan melanda. Ubatnya? Bergambarlah!
Mak sempat jugalah beli beberapa pokok bunga kat sini. Cuba teka siapa yang kena angkat pokok bunga yang berat gial tu? Yaaa, anak mak Si Fatin dan adiknya Tina G. Demi mak daku sanggup angkat pokok dari bawah naik tangga sampai ke atas sebab kereta parking kat atas T_T

Cantik kann? Beli lah pokok bunga kat sini kalau datang Cameron Highlands.
Semua cantikk. Rambang mata mak pilih :D
Inilah lokasinya. Hm nampak tak adik sis tengah mengejar cita-cita.
HAHAHAHA maaf Tina G.
Selesai tu, kami pun pulangg ke Melaka. Seronok sangat pergi. Tapi tak seronok sangat sebab kakak sulungku tak ikut. Macam tak lengkap pula. Tapi lain kali pergi sama yaaa.

Okay sekian sahaja. Terima kasihh baca.

BBM3410/18 : Hidup Untuk Makan?

Assalamualaikum duhai pendatang blog Coretan Seorang Fatin~

sekarang ni, perut saya macam berbunyi-bunyi. Padahal baru je makan ketam masak sambal, udang dengan asam pedas ikan siakap. Cacing dalam perut ke yang makan? Eeeeeeeeeeee! Kalau makan sekali lagi takut gemuk pula. Jadi apa boleh buat? Kita tengok jelah gambar-gambar makanan yang pernah saya nikmati sebelum-sebelum ni. Laparnyaaaaaaa!!!



Gambar 1 : Ayam Goreng Spicy A&W. Yang ni rasanya yang paling sedap berbanding MCD dengan KFC. Tengoklah betapa 'flawlessnya' ayam ni. Nakkkkk~



Gambar 2: Ayam KFC Cheesy Nachos. Yang ni bermusim gak. Sekarang takde dahhh. Huarghh tapi sedap gilaaa. Ni makan masa awal tahun. Lama dah T_____________T Duhai KFC tolonglah keluarkan balik ayam ni. Saya dah lama teringin!


Gambar 3: Yang ni bakso dan cendol dekat Tanjung Keling Melaka. Sedapp weh! Harga pun okay. Yang paling best cendol lah. Cendol pulut paling kegemaran sekali. Siapa setuju angkat tangan!! Wakakakaka


Gambar 4: Ni pula antara menu kegemaran iaitu Fish n Chip. Kalau kat mana mana pun mesti pesan yang ini. Sebab saya suka ikannn. Ini dekat Old Town. Rasanya semua tempat mesti ada restoran ni. Harganya okaylah. Hahahahaha


 Gambar 5: Yaaa memang maggi sup pun yang ini. Tak perlu teka hahahahahaa. Acah-acah macam makanan mewah kan heheheheh. Lokasinya di Jom Coffee Dataran Pahlawan. Makanan yang lain pun boleh tahan. Apaa lagii seranglahh~~


Gambar 6: Nasi dengan ayam butter dekat Makan Culture. Yang ni memang sedap gilaaaa nak nangis makan. Berebut jugaklah dengan kawan sorang tu masa makan ni. Harap masa terdekat ni dapat makan ni pleaseeeeeeeee!!!


Gambar 7: Yang ni tak ingat apa nama dia tapi macam ala ala kuey teow sup. Kuey teow versi kurus. Sedapp. Memang sesuai untuk yang tengah diet. Ni dekat Old Town lagiiiii :)


Gambar 8: Pan Grilled Dory Secret Recipe. Yang ni pun kegemaran jugaaaa. Aiyoo kenapa sedap sangat kamuu wahai ikan. Sos dia tu yang paling sedap! Jom sesiapa tolong bawa saya ke secret recipe!!



Gambar 9: Chicken chop dengan spageti. Yang ni dekat Melaka. Sumpah best. Dahlah banyakkk. Murah pula tuuu. Tak rugi cubaa. Kalau makan seorang memang tak habis. Jadi daku kongsi dengan kawan sebelah. Walaupun kawan sebelah dah kenyang tapi dia rela habiskan jugaaaa :)


Gambar 10 : Kenny Roger's Quarter Meal. Baked beans, mashed potato, corn and carrot. Gabungan yang hebat untuk yang diet! Rasanya mesti semua pernah cuba makanan ni hehehe jadi takdelah istimewa sangat.


Gambar 11: Nando's mild quarter chicken, wedges, chips. Kegemaran juga ni. Sosnya sedap. Adui teringat-ingat rasa dia macam mana. Kalau korang pergi Nando's selalu pesan apa?


Gambar 12: Tony Roma's Shrimp Scampi Pasta. Gilaaaaa pasta habis dulu sebelum udang sebab udangnya banyak sangat!! Sedapp. Tapi mahal T_T Boleh lah pergi sini setahun sekali kalau sesiapa yang nak cuba. Memang takkan menyesal~


Gambar 13: Restoran Taman Apple Steamboat. Yang ni lebih kurang Seoul Garden. Boleh lahh. Ni dekat Cameron. Tak sah pergi Cameron kalau tak singgah makan sini. Sejuk-sejuk makan steamboat panas. Legaaaaa~


Gambar 14: Okay yang ni nak cerita tentang pencuci mulut pula. Pancake ni rasanya semua boleh teka dekat mana. Ahmad Lim Pancake. Bolehlah tapi makan banyak muak juga. Dan $_$ hehehe

Gambar 15: Big bowl ice Melaka. Sumpah masa makan ni korang akan nangis. Sedap yang amat. Yang buah paling sedap sekali. Huhuhu T_T sedapnyaaaa cair di mulut. Tengok muka saya yang teruja tu. Masa tu belum tahu kesedapan ice bowl ni.


Gambar 16: Yang ni semua orang pernah makan. Aiskrim ni beli kat The Mines. Boleh tahan. Hehehe untuk sejukkan tekak yang kering okaylah


Gambar 17: Ais kepal milo serumpun. Yang ni lama dah hahahaha. Enak juga tidak tak dapat dihabiskan. Kawan depan tolong habiskan. hehehehehehe

Tapii. Dalam banyak-banyak makanan ni. Hanya satu je yang paling menambat hati. Tony Roma's, Secret Recipe semua kalah!!!

Mempersembahkan:~~~~


Gambar 18: Nasi ayam de Latifah corner dekat Tangga Batu. Hahahaha acah je. Ni masakan mak sayaaaaa. Paling kegemaran. Walaupun nampak ayamnya rupa macam tu, tapi rasanya ya ampun. Nasi ayam restoran mahal pun kalah. Hahahahahahahaha :D Mak masak lagi macam ni yeeee <3

Okay sekian sahaja makanan-makanan yang dipersembahkan. Sekarang saya nak gi serang dapur de Latifah corner sebab tak tahan perut ni nak sesuatu!

Terima kasih baca entri mengarut. Tatataa~~~~